Wednesday 31 July 2019

SNORKELING PULAU PERHENTIAN


Pulau Perhentian, Terengganu antara lokasi pelancongan mendapat sambutan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain keindahan alam di daratan, tarikan ramai pelancong ialah aktiviti snorkeling di kawasan laut sekitar pulau.

Memandangkan banyak bilik dan tarikh tempahan sentiasa penuh, ada pengusaha pelancongan mengambil usaha mengendalikan pakej Daytrip Snorkeling Pulau Perhentian ni.

Pakej daytrip ni customer akan naik bot di jeti Kuala Besut awal pagi jam 8 atau 9 pagi untuk ke Pulau Perhentian dan balik semula ke jeti Kuala Besut petang seawal 4 petang.

Trip daytrip Pulau Perhentian ni memang seronok sebenarnya. Biarpun sekejap, tetapi berbaloi dengan kos yang murah kerana tidak perlu menyewa penginapan di Pulau Perhentian.

Keseronakan dirasakan lebih lebih lagi kalau pergi berkumpulan dengan keluarga, rakan sekerja atau rakan-rakan yang memang sporting dengan aktiviti air.

Jangan risau kalau tak pandai berenang. Aktiviti ini ada guide yang membantu sepanjang aktiviti daytrip ni.

Peralatan snorkeling pun disediakan. Life jaket dan pelampung pun ada.


No comments:

Post a Comment