Malaysia
merupakan salah sebuah 17 negara mega-diversiti di dunia yang kaya dengan
kepelbagaian biologi sama ada di darat atau di laut. Kepelbagaian flora dan
fauna di Malaysia dianggarkan terdapat 12,500 spesies tumbuhan, 306 spesies
mamalia, 742 spesies burung dan 547 spesies
reptilia termasuk sebilangan besar yang bersifat endemik.
Bagi
memastikan kepelbagaian biodiversiti terpelihara secara keseluruhan, Malaysia
telah mewujudkan rangkaian kawasan-kawasan perlindungan.
Di
Semenanjung Malaysia sahaja terdapat sekurang-kurangnya empat rangkaian kawasan
perlindungan yang merangkumi kawasan seluas 2.9 juta ha yang diuruskan oleh pelbagai
agensi termasuk Jabatan PERHILITAN, Johor National Park Corporation (JPNC), Perak
State Parks Corporation (PSPC) dan Jabatan Hutan Negeri.
Kawasan
perlindungan yang terdapat di Semenanjung Malaysia diuruskan oleh pengurusan
yang berbeza, dikawal oleh undang-undang yang berbeza juga dengan pelbagai
kategori kawasan perlindungan, status, prosedur pewartaan dan pewartaan
keluar.
Persamaan
antara rangkaian kawasan perlindungan ini ialah kebanyakannya boleh
dikategorikan mempunyai pengurusan yang sub-optimum dan kekangan sumber
kewangan bagi menguruskan kawasan perlindungan ini.
Terdapat
4 perkara yang menyumbang kepada keadaan tersebut, antaranya :
i)
bagi tujuan konservasi tiada penyeragaman sistem bagi kawasan-kawasan
perlindungan,
ii) kurang kefahaman berkaitan nilai ekonomi
kawasan perlindungan dan sumbangannya terhadap pembangunan Negara,
iii) kekangan insentif terhadap peranan
kerajaan negeri untuk melabur dalam pengurusan kawasan perlindungan disebabkan
persepsi bahawa berdasarkan pengalaman terdahulu dimana kerajaan negeri hanya
mendapat hasil secara terus dengan menggunakan tanah yang sedia ada bagi tujuan
lain,
iv)
kapasiti yang sub-optimum diperingkat pengurusan agensi kawasan perlindungan
sama ada pengurusan tapak dan pengurusan sistem kawasan perlindungan.
Bagi
mengatasi halangan ini dengan tujuan memastikan penubuhan dan pengurusan
kawasan perlindungan ditahap optima, projek yang akan dilaksanakan ini
bertujuan untuk mewujudkan satu sistem kawasan perlindungan hidupan liar negara
yang seragam dan untuk menyediakan struktur kewangan berdasarkan prestasi
dengan bertujuan untuk membantu sistem pengurusan kawasan perlindungan supaya
menjadi lebih efektif.
Melalui
kombinasi aktiviti-aktiviti dari pelbagai agensi sama ada di peringkat
persekutuan, peringkat rangkaian kawasan perlindungan dan pengurusan di
lapangan, maka projek ini dapat menggalakkan pemikiran secara sistematik,
perancangan dan pengurusan terbaik, dibantu dengan mekanisma kewangan yang
berinovasi, kos-efektif dan lestari.
Pada
peringkat persekutuan, fokus projek ini adalah untuk mewujudkan sistem
pengurusan kawasan perlindungan hidupan liar yang seragam dengan menetapkan
kriteria tertentu dan pengurusan yang efektif, membangunkan sistem maklumat
kawasan perlindungan kebangsaan dan sistem pengurusan berdasarkan pengetahuan
dan prestasi yang diukur berdasarkan mekanisma kewangan.
Pada
peringkat sub rangkaian kawasan perlindungan projek ini membantu untuk
meningkatkan keberkesanan pengurusan sistem kawasan perlindungan dan
mengurangkan jurang kewangan, bagi memastikan pengurusan sistem kawasan
perlindungan dan proses perancangan perniagaan perlu mengambilkira kewangan
berdasarkan prestasi.
Pada
peringkat lapangan, projek ini membantu fungsi-fungsi, teknikal dan keupayaan
pihak pengurusan untuk memastikan setiap kawasan perlindungan mencapai tahap
piawaian kebangsaan dan mempunyai mekanisma insentif kewangan.
Aktiviti-aktiviti
yang akan dilaksanakan dalam projek ini dijangka dapat meningkatkan
keberkesanan pengurusan dalam mengatasi peningkatan ancaman terhadap
biodiversiti contohnya pemburuan haram, dan perubahan gunatanah, terutama dalam
lingkungan 886,000ha kawasan perlindungan daratan hidupan liar.
Ianya
juga memberi impak secara tidak langsung terhadap 2.98 juta ha sistem kawasan
perlindungan termasuk hutan perlindungan dalam kawasan hutan Simpan kekal
(HSK), begitu juga rangkaian kawasan perlindungan di Sabah dan Sarawak, melalui
pelaksanaan mekanisma piawaian dan kewangan dimasa hadapan bagi kesemua kawasan
perlindungan.
No comments:
Post a Comment