Malaysia
merupakan salah sebuah 17 negara mega-diversiti di dunia yang kaya dengan
kepelbagaian biologi sama ada di darat atau di laut. Kepelbagaian flora dan
fauna di Malaysia dianggarkan terdapat 12,500 spesies tumbuhan, 306 spesies
mamalia, 742 spesies burung dan 547 spesies
reptilia termasuk sebilangan besar yang bersifat endemik.
Bagi
memastikan kepelbagaian biodiversiti terpelihara secara keseluruhan, Malaysia
telah mewujudkan rangkaian kawasan-kawasan perlindungan. Kewujudan kawasan perlindungan bertujuan untuk
melindungi dan memulihara kawasan perlindungan
serta komponen yang terkandung di dalamnya termasuk flora dan fauna daripada
kepupusan.
Selain itu ia berperanan mengurus dan
membangunkan kawasan pembangunan secara lestari bagi memberikan manfaat optima
kepada manusia dan membawa kesejahteraan kepada generasi masakini dan akan
datang.
Untuk itu, perlu merangka dan menyelaras
program dan aktiviti pengurusan kawasan-kawasan perlindungan selaras dengan
Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan.
Selain itu dilakukan pemantau dan menilai
pelaksanaan program serta aktiviti pengurusan kawasan-kawasan perlindungan.
Selanjutnya dapat melaksanakan program dan
aktiviti bagi memenuhi obligasi negara di peringkat antarabangsa berkaitan
pengurusan kawasan perlindungan.
SENARAI KAWASAN PERLINDUNGAN DI BAWAH
PENGURUSAN JABATAN PERHILITAN:
-
Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang.
-
Rezab Hidupan Liar Pahang Tua, pahang.
-
Rezab Hidupan Liar Bukit Fraser, Pahang
-
Rezab Hidupan Liar Sungkai, Perak.
-
Rezab Hidupan Liar Chior, Perak.
-
Rezab Hidupan Liar Batu Gajah, Perak.
-
Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor.
-
Rezab Hidupan Liar Bukit Kutu, Selangor.
-
Rezab Hidupan Liar Bukit Sungai Puteh, Kuala Lumpur/Selangor.
-
Rezab Hidupan Liar Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
-
Rezab Hidupan Liar Kelab Golg Di Raja Selangor, Kuala Lumpur.
-
Rezab Hidupan Liar Klang Gate, Selangor
-
Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan, Melaka.
-
Four Bird Island, Port Dickson, Negeri Sembilan.
-
Rezab Hidupan Liar Pulau Tioman.
No comments:
Post a Comment