Tuesday 24 May 2022

TUJUAN TANAM PISANG GALA

 
Pisang benggala atau pisang gala adalah sejenis pisang yang popular di negeri Kelantan. Isi pisang gala memiliki rasa yang manis. Tetapi oleh kerana buahnya terlalu padat dengan biji yang keras ia kurang popular untuk dimakan segar. 
 
Pisang gala ditanam untuk mendapatkan daun, buah muda dan jantung. Daun pisang gala digunakan untuk membungkus nasi dan macam-macam jenis kuih kerana ia tidak mudah koyak dan tebal. 
 
Manakala buah yang muda biasanya digunakan untuk masakan acar yang dikenali acar pisang benggala. Pada waktu itu biji-bijinya yang banyak itu masih lagi lembut dan boleh dimakan. 
 
Acar pisang gala mempunyai rasa acar masam-manis dan pedas. Ia boleh dimakan dengan nasi atau lain-lain yang sesuai dengannya. Acar pisang gala mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk di Kelatan, dan kini turut tersebar di seluruh Malaysia. 
 
Jantung pisang gala juga sesuai dijadikan sayur atau ulam. Ia menjadi pilihan kerana rasanya tidak kelat dan agak lembut berbanding jantung pisang jenis lain. Selain dibuat ulam cicah dengan budu, jantung pisang gala juga dibuat acar. 
 
Batang pisang gala pula biasanya dijadikan makanan haiwan, terutama lembu. Batang pisang itu akan dicincang atau dipotong kecil bagi memudahkan lembu memakannya.


No comments:

Post a Comment