Sunday, 15 January 2017

Contoh kajian kes keusahawanan

Contoh kajian kes keushawanan untuk mengenalpasti potensi dan peningkatan operasi syarikat. Syarikat dipilih untuk kajian kes ialah Syarikat Cempaka Suri (bukan nama sebenar), beralamat di 321, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu.

Perniagaan teras pada awal penubuhan ialah menjadi pengedar barangan berasaskan gamat keluaran satu syarikat terkemuka dengan dibantu tiga orang pekerja. Setelah beroperasi kira-kira dua tahun, syarikat itu mengorak langkah menambah bilangan produk yang dipasarkan dan tidak hanya terikat dengan satu produk saja. 

Selepas itu, syarakat semakin berkembang dan mula menjadi pemborong untuk pelbagai jenama makanan tambahan dan ubatan tradisional. Bilangan pekerja juga bertambah menjadi lima orang. 

Berdasarkan kepada pengalaman dan melihat kepada potensi perniagaan berasaskan kepada pemakanan tambahan dan kesihatan, syarikat mengorak langkah untuk mengeluarkan produk sendiri atas nama Cempaka Suri. 

Antara produk Cempaka Suri ialah berkaitan kesihatan wanita, pelangsing badan dan pemakanan berkaitan meningkatkan tenaga seksual suami isteri. 

Penghasilan produk itu dilakukan dengan kerjasama penyelidik dari sebuah universiti terkemuka di Malaysia yang telah melakukan kajian sejak lebih lima tahun lalu dan telah memenangi hadiah dalam satu pertandingan penghasilan produk makanan tambahan. 

Penghasilan produk untuk dipasarkan dibuat di sebuah kilang bertaraf GMP di Pengkalan Chepa. Produk jenama Cempaka Suri kini telah memasuki pasaran sejak lebih dua bulan lalu dan sambutan daripada pengguna amat baik.

TAHAP PROSES KREATIVITI YANG DILALUI

Syarikat Cempaka Suri juga melalui tahap-tahap proses kreativiti dalam penubuhan dan menjalankan perniagannya sekarang, iaitu menghasil dan memasarkan produk Cempaka Suri. Tahap-tahap ini dilalui sebagai satu proses dari permulaan kepada pencapaian sekarang.

Pengumpulan Maklumat atau Pengetahuan. Seperti dijelaskan, pengusaha Syarikat Cempaka Suri memulakan perniagaan menjadi pengedar produk berasaskan gamat dan kemudian menjadi pengedar dan pemborong produk kesihatan dan makanan tambahan. 

Perniagaan awal itu memberi sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan dengan produk kesihatan dan makanan tambahan. Ketika itu, pengusaha syarikat banyak menghadiri kursus dan membuat kajian berkaitan produk yang dipasarkan. 

Sebagai pengedar produk berasaskan gamat keluaran syarikat ternama, mereka didedahkan kepada soal berkaitan produk kesihatan dan makanan tambahan. Pendedahan ini amat penting demi menjaga reputasi syarikat agar setiap perkhidmatan yang diberikan, terutama maklumat berkaitan produk diberikan kepada pelanggang dengan tepat. 

Pengusaha mengambil berat soal pengetahuan produk kerana memang dalam perancangan masa depan, dia berhasrat untuk mengeluarkan produk sendiri pada masa depan. Bahkan, tindakan menjadi pengedar produk gamat itu adalah batu loncatan untuk mencari pengalaman dan pengetahuan mengenai produk.

Setelah mendapat pengetahuan asas, maka pengusaha telah mengambil langkah lebih berani apabila memilih untuk menjadi pengedar pelbagai produk kesihatan dan makanan tambahan dari banyak syarikat. Ini memberi peluang untuk dia mengetahui lebih banyak mengenai produk kesihatan dan makanan tambahan dari beberapa syarikat ternama yang sudah lama beroperasi. 

Selain, mengetahui mengenai produk, pada masa pengusaha juga mendalami mengenai cara pemasaran produk dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam bidang berkenaan. Ini kerana selain menghasilkan produk yang baik, satu lagi aspek yang penting ialah proses pemasaran. Perkara ini memang amat dipentingkan oleh pengusaha. Pengalaman memasarkan pelbagai jenis produk digunakan sebaiknya.

Peringkat Pengeraman (Incubation).  Pada peringkat ini di mana pengusaha tidak mengambil keputusan terburu-buru untuk mengeluarkan produk sendiri, biarpun sudah ada perancangan ke arah itu. Pada peringkat ini, pengusaha lebih berhasrat untuk lebih mendalami pelbagai aspek lain dengan memerhati dan mengkaji setiap aspek dalam penghasilan produk dan pemasaran.

Setiap pemerhatian atau pengalaman baru yang diperoleh dicatat atau dibuat penelitian agar sesuatu yang baik akan dijadikan panduan untuk diikuti, manakala sebarang yang tidak baik dijadikan panduan agar perkara yang sama tidak dilakukan apabila mengeluarkan produk sendiri nanti. 

Usaha itu dilakukan dengan perlahan-lahan tanpa sebarang tekanan. Banyak perkara spontan yang berlaku dijadikan asas kepada membina kreativiti seterusnya. Pengusaha mempunyai banyak masa untuk mencari yang terbaik sebelum melahirkannya. 

Malah pada peringkat ini banyak membantu pengusaha lebih matang dan bersedia untuk menghadapi cabaran apabila benar-benar telah bersedia untuk melaksanakan apa yang telah dirancang. 

Peringkat Pencambahan Idea.  Berasaskan kepada pengalaman dan pemerhatian yang dilakukan, pengusaha mula dapat memikirkan apakah strategi terbaik yang perlu dilakukan apabila mula mengeluarkan dan memasarkan produk sendiri nanti. Ini amat penting kerana produk yang dikeluarkan nanti sebenarnya telah mempunyai pesaing yang sudah lama berada di pasaran, serta telah mendapat sambutan daripada pengguna. 

Syarikat pesaing juga mempunyai pengalaman yang lebih baik serta modal yang lebih kukuh untuk menghadapi sebarang kemungkian dalam persaingan. Pesaing juga telah lama dikenali dan diterima oleh pengguna. 

Maka, pada peringkat ini pengusaha telah memikirkan sesuatu yang lebih baik dan lebih hebat berbanding produk lain. Tambahan pula, produk yang dikeluarkan itu adalah hasil penemuan kajian baru yang dibuat oleh pakar. Jadi, satu perkara ditekankan oleh pengusaha ialah menjelaskan kehebatan dan kelebihan produk baru itu berdasarkan kepada penemuan baru. 

Pengguna perlu diyakinkan bahawa jika beralih kepada produk baruk, mereka mendapat sesuatu kebaikan yang tidak terdapat pada produk lain yang sudah lama berada di pasaran. 

Perkara-perkara inilah yang sentiasa dilakukan oleh pengusaha dalam peringkat percambahan idea ini. Dia sentiasa mencari idea-idea baru untuk memastikan dapat menarik minat pembeli.

Peringkat Penilaian dan Perlaksanaan. Peringkat ini adalah yang terakhir dalam proses kreativiti. Setelah membuat pengumpulan maklumat, selesai membuat incubation dan melakukan percambahan idea, maka tiba pula peringkat terakhir untuk membuat penilaian. 

Pada peringkat ini, pengusaha sedar dia tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kerana penilaian yang dibuat dan diputusakan tindakan yang perlu dilakukan akan menjadi penentu kepada usaha yang telah dilakukan. Maka penilian secara mendalam dengan membuat perbandingan dalam pelbagai aspek, barulah satu keputusan diambil. 

Antara keputusan yang diambil pengusaha ialah menentukan jenis produk yang ingin dikeluarkan dan kumpulan sasar untuk dipasarkan produk itu. 

Setelah segalanya selesai, maka langkah terakhir dalam peringkat kreativiti ialah perlaksanaan. Tanpa perlaksanaan, sudah tentu segala apa yang dirancangan tidak akan menjadi kenyataan. 

Maka, perlaksanaan yang dimaksudkan ialah pengusaha kini telah mengeluarkan produk sendiri dan memasarkan sendiri produk tersebut. 

No comments:

Post a Comment