Sunday, 15 January 2017

Idea kreatif membina perniagaan berjaya

Terdapat lima teknik untuk menghasilkan idea kreatif, bergantung kepada cara pemikiran masing-masing. Lima teknik tersebut ialah:

Percambahan fikiran. Kaedah ini melibatkan lebih seorang mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dalam perkiraan biasa empat hingga tujuh orang terlibat dalam menyatakan pendapat.  

Namun, dalam organisasi yang besar, lebih banyak yang terlibat dalam percambahan fikiran adalah lebih baik. Ini kerana lebih banyak pendapat dikeluarkan, lebih banyak pilihan sebelum ia dilaksanakan. 

Dalam proses pencambahan fikiran, Williams menetapkan empat peraturan. Pertamanya, lebih banyak idea dikeluarkan, maka ia adalah lebih baik. Kedua, semua idea yang dikeluarkan hendaklah diterima dengan fikiran terbuka, tidak kira sama ada ia mungkin kelihatan gila dan tidak munasabah.

Peraturan ketiga yang ditetapkan ialah gunakan idea ahli kumpulan untuk mencetuskan idea lain. Manakala terakhir ialah tidak dibenarkan sebarang kritikan dan membuat penilaian terhadap idea yang dihasilkan.

Analogi Terpaksa.  Kaedah ini guna untuk memberi satu tekanaan atau paksaan dalam membuat hubung kait dalam dua situasi. Tekanan ini akan memberi satu panduan atau pilihan lain untuk dilakukan.

Contohnya, pengusaha membuat 'paksaan' dan membuat analogi apa akan berlaku jika syarikat membuat sesuatu produk. Pengusaha memikirkan apakah produk itu mendapat perhatian pelanggang sedangkan produk yang hampir sama telah lama berada di pasaran. 

Pengusaha juga memikirkan soal strategi pemasaran, adakah sesuai kaedah pemasaran tradisional untuk berdepan dengan pengeluar sedia ada. 

Turut ditekankan oleh pengusaha ialah apakah tindakan perlu dilakukan sekiranya apa yang dirancangan dan dilakukan tidak menjadi kenyataan. Mungkinkah dia akan terus hilang peluang untuk menjadi pengusaha atau sebarang kemungkinan lain.

Analogi-analogi yang dibuat itu memberi satu pandang sisi dari sudut lain tentang pilihan lain yang mungkin. Ini memberi peluang untuk membuat pilihan dari pelbagai kemungkinan yang terbaik.

DO IT.  Ia adalah singkatan D untuk define problem (kenalpasti masalah), O adalah open mind and apply creative technique (buka fikiran dan laksanakan teknik kreatif), I untuk identify best solution (kenal pasti keputusan terbaik) dan T bagi transform (berubah).      

Segala masalah diselidiki dan dicari kemungkinan untuk mengatasinya. Sebarang masalah besar yang dihadapi dipecahkan kepada cabang-cabang atau bahagian terterntu yang mungkin dapat diselesaikan.  

Apabila masalah dikenalpasti, maka dicarikan pula idea untuk mengatasinya. Semua idea itu cuba diandaikan jalan penyelesaian tanpa mengambil kira baik atau buruk.

Kemudian idea itu dicuba secara lebih khusus sebelum diambil keputusan mana yang terbaik. Semua penyelesaian itu diambil dari peringkat sebelumnya. 

Setelah satu pendekatan terbaik dikenal pasti, maka tiba masa untuk dilakukan tindakan sewajarnya. 

Contohnya, apabila pengusaha membuat keputusan untuk mengeluarkan produk sendiri perlu mengambilkira beberapa masalah yang mungkin dihadapi. Pertama ialah mengenalpasi setiap masalah yang mungkin wajud bagi setiap jenis produk. 

Contohnya, bagi produk pelangsing, bagaimana untuk menarik minat dan keyakinan pengguna membelinya. Pada antara beberapa pendekatan dicadangkan ialah penggunaan model, memberi sampel percuma dan memilih testomoni.

Setelah melihat semua kemungkinan dan kelebihan yang dilihat, maka pengusaha memilih untuk mencari pengguna yang berjaya melangsingkan badan selepas mengguna produk berkenaan untuk dijadikan testomoni. 

Peta minda. Kaedah ini adalah satu pendekatan di mana menggunakan gambar atau lakaran untuk menyusun dan memgembangkan pemikiran. Cara ini membolehkan membantu untuk melihat sebarang masalah dan juga kemungkinan penyelesaian yang sesuai. 

Contohnya, pengusaha perlu melakarkan gambaraja menunjukkan permasalahan dalam pengedaran. Bermula dengan melihat masalah, ia mewujudkan pandangan apakan sebenarnya punca masalah itu. 

Dari gambaran itulah timbul pula cadangan bagaimana untuk mengatasinya dengan menyenaraikan beberapa cadangan. Antara cadangan itu ialah menubuh pusat pengedaran sendiri di setiap negeri. 

Satu lagi ialah melantik wakil pengedar utama di setiap negari. Setelah dihalusi, maka baru diambil satu pendekatan terbaik iaitu melantik wakil pengedar kerana cara itu lebih murah kosnya dan wakil itu boleh dipilih dari mereka yang sudah berpengalaman.

Kumpulan nominal. Iaitu satu kaedah di mana setiap orang dalam kumpulan membuat catatan sendiri apa yang difikirkan. Idea itu kemudian dibincangkan dalam kumpulan dan membuat penjelasan atau mempastikan setiap perkara yang dicadangkan itu. Kemudian, barulah setiap idea itu dipilih secara undian untuk menentukan apa yang terbaik atau mendapat sokongan paling ramai.

No comments:

Post a Comment