Singapura
mengadakan kawalan ketat berkaitan penjualan dan minum arak. Keadaan ini
berdasarkan kepada kesan buruk akibat minum arak. Biarpun Singapura didiami
majoriti penduduk berbangsa Cina yang dikatakan sinonim dengan arak, negara
berkenaan tidak kompromi dalam soal kawalan terhadap aktiviti berkaitan arak.
Jadi,
apa alasan untuk orang Cina mendakwa kerajaan Malaysia menghalang kebebasan
mereka dalam soal arak. Aktiviti berkaitan arak sebenarnya lebih terbuka dan
bebas di Malaysia berbanding di Singapura.
Akta
Kawalan Arak di Singapura:
- Dilarang minum arak di tempat awam dari pukul 10.30
malam - 07.00 pagi.
- Dilarang jual arak dari pukul 10.30 malam - 07.00 pagi.
- Di Geylang dan Little India, dilarang minum arak di Zon
Kawalan Arak dari 07.00 pagi Sabtu - 07.00 pagi Isnin.
- Kedai di Zon Kawalan Arak dilarang jual arak dari
07.00 petang hujung minggu termasuk cuti umum.
- Boleh minum arak melebihi masa yang ditetapkan dengan
syarat ada permit sah dan boleh minum arak dalam tempoh permit itu sahaja.
Minum arak pun dilokasi BBQ sahaja.
- Nak jual arak melebihi 10.30 malam, kena mohon dari
Polis. Kelulusan Polis bergantung kepada kesannya pada orang awam. Pihak
penjual juga mesti melaksanakan kawalan untuk mecegah kesan dari masalah
minuman arak.
- Sesiapa sahaja yang melanggari peraturan ini akan
didenda SGD 1 ribu - SGD2 ribu serta penjara 3 bulan.
- Kedai yang menjual lebih dari masa yang ditetapkan akan
didenda SGD 10 ribu.
- Denda akan dilipatgandakan sebanyak 1.5 kali jika
perlanggaran terhadap kawalan ini berlaku di Zon Kawalan Arak.
No comments:
Post a Comment