Pesta
arak, bermakna satu program diadakan sekala besar melibatkan khalayak
ramai. Apa-apa program pesta atau melibatkan peserta ramai, mesti mendapat
kebenaran pihak berkuasa. Sebelum meluluskan, sudah tentu pihak berkuasa
tempatan akan mempertimbangkan pelbagai aspek dari segi keselamatan, kesan
masyarakat setempat dan kesan sosial.
Jika
permohonan dibuat mengikut peraturan ditetapkan dan difikirkan tidak mendatangkan
masalah, sudah tentu perkara itu diluluskan. Namun, jika sebaliknya, permohonan itu tidak akan diluluskan.
Jika
tidak diluluskan, itu bukan bermakna menyekat kebebasan bukan Islam untuk minum
arak. Kebenaran minum arak tidak disekat yang boleh dilakukan di tempat-tempat
yang dibenarkan selama ini.
Tidak
meluluskan sesuatu pesta atau perhimpunan bukan dalam soal pesta arak sahaja.
Ia juga melibatkan dalam aspek hiburan, politik, agama dan sebagainya. Banyak
kedatangan penghibur antarabangsa tidak diluluskan untuk mengadakan persembahan
di Malaysia.
Adakah itu bermakna kerajaan menyekat rakyat berhibur? Tentu sekali bukan, tetapi ia tidak diluluskan kerana berkaitan aspek tertentu yang telah dipertimbangkan baik buruknya.
Adakah itu bermakna kerajaan menyekat rakyat berhibur? Tentu sekali bukan, tetapi ia tidak diluluskan kerana berkaitan aspek tertentu yang telah dipertimbangkan baik buruknya.
Dengan
kata lain, soal lulus atau tidak bukan hanya berkaitan pesta arak. Perkara lain
juga banyak yang tidak diluluskan. Sepertimana dijelaskan tadi, sebelum
meluluskan sesuatu permohonan, ada prasyarat yang perlu diambilkira.
Dalam
isu pesta arak, perkara utama difikirkan adalah aspek keselamatan. Pihak polis
ada pesta itu mungkin menjadi sasaran pihak pelampau untuk mencetuskan keadaan
bahaya. Ancaman ini perlu diberi perhatian serius agar tidak terjadi perkara
tidak diingini.
Perkara
kedua ialah soal bantahan masyarakat. Banyak pihak telah menyatakan bantahan
dan laporan dibuat kepada pihak berkuasa agar tidak meluluskan permohonan
mengadakan pesta arak itu. Ia melibatkan isu sensitiviti kaum dan agama.
Bantahan
itu bukan bermakna pihak membantah tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah
negara majmuk kerana mereka bebas untuk minum minuman keras di rumah, namun
pesta arak adalah berbeza.
Tiada
pihak menghalang bukan Islam minum arak di rumah atau di tempat lain yang
dibenarkan, namun jika mahu menganjurkan pesta arak, ia tidak sesuai
memandangkan Islam adalah agama Persekutuan yang rakyat majoritinya beragama
Islam.
Justeru,
penganjur program perlu menghormati agama lain kerana banyak kesan negatif
bakal berlaku kesan daripada penganjuran pesta terbabit.
No comments:
Post a Comment