Monday, 2 October 2017

Khasit habbatussuada

Khasiat habbatussauda telah digunakan sejak zaman dahulu. Kajian sains pemakanan moden hari ini jelas telah menemui pelbagai khasiatnya, bukan saja untuk merawat penyakit, tetapi juga sebagai agen untuk menghalang sesuatu penyakit daripada terkena pada seseorang.  Bahkan, khasiatnya juga baik melancarkan fungsi oragan badan.  
           
Kajian mengenai khasiat habbatussauda terdapat dalam kitab syarah hadis karangan Ibn Hajar al-Asqalani. Dalam kijian tersebut dijelaskan mengenai khasiat habbatussauda yang antara lain dapat mengubati selsema, mengubati penyakit batu karang dan melancarkan perjalanan haid. 

Selain itu, ia jua dapat mengubat penyakit demam kuning, melegakan sakit kepala serta melegakan penyakit gigi. 
           
Selain Ibn Hajar, terdapat banyak lagi ulama yang memperkatakan mengenai habbatussauda seperti Iman an-Nawawi dan Al-Qadi.      

Kajian oleh tokoh perubatan terkemuka Ibnu Sina & Inbu Qayyum Al Jawziyyah dalam bukunya “U Medicine of The Prophet” terutamanya penyakit-penyakit yang melibatkan lelah (asthma), sistem pernafasan, sistem saraf, pembiakan, penghadaman dan merawat organ dalam badan serta mengatasi 50 jenis penyakit.

Kajian perubatan moden yang di lakukan oleh Dr Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang Imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada habbatussauda boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. 

Menurut kajian di Munich Institut bagi kajian Newer Therapeutic Methods mendapati habbatussuada mengandungi lebih dari 100 bahan aktif yang dianggap sebagai bahan yang mempromosikan kesihatan (health promoting subtances). Ia sangat berguna untuk rawatan kulit, kulat intestine, bronchitis, kekerapan selsema, sakit kepala juga bersifat anti radang. Sangat berkesan merawat penyakit alahan dan asthma.

The Journal of American Scientist melaporkan habbatuss sauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatussauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.   

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatussauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.         

Habbatussauda sekarang sedang dilihat oleh banyak ahli onkologi sebagai ubat herba yang serius untuk membantu dalam rawatan kanser. US Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan 2 paten yang melibatkan minyak habbatusauda untuk mengubati kanser, mencegah kesan sampingan akibat chemotherapy, dan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan. 

Pada tahun 1991, Amala Cancer Research Centre, Kerala, India telah menjalankan kajian yang membuktikan minyak habbatussauda berguna dan effektif sebagai agen chemotherapeutic. Dalam kajian lain, didapati bahawa pengambilan minyak Nigella Sativa mengurangkan kesan sampingan beracun yang disebabkan oleh beberapa ubat kemoterapi yang lain seperti cisplatin dan doxorubicin.

Pada tahun 2003 di Jackson State University, USA, doktor-doktor telah mengkaji habbatussauda dan keberkesanannya sebagai agen anti-cancer. Mereka mendedahkan sel kanser payudara kepada ekstrak habbatusauda. Hasilnya, sel kanser payudara telah di nyahaktifkan dan doktor-doktor di disitu merumuskan bahawa habbatussauda  sesuai digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser payu dara.

Pada tahun yang sama, doktor-doktor di Osaka City University Medical School di Jepun mengkaji penggunaan habbatussauda untuk rawatan kanser usus besar. Pengajian mereka menunjukkan bahawa minyak habbatussauda dapat menghambat pertumbuhan kanser pada tahap postinitiation. 

Pada tahun 2004 di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan, thymoquinone yang dihasilkan dari habbatussauda telah diselidiki untuk mengkaji kemampuannya dalam melawan sel-sel kanser usus. Penelitian mereka membuktikan bahawa thymoquinone mempunyai potensi yang tinggi sebagai agen untuk rawatan kanser usus besar.

Bukti saintifik mencadangkan bahawa minyak habbatussauda sangat efektif dalam mengurangkan paras homocysteine. Pembuktian melalui kajian yang dilakukan ke atas binatang menunjukkan bahawa homocysteine menyebabkan kesan oxidant secara langsung ke saluran darah, mengurangkan kesan vasodilation dan anti-coagulation nitrus oksida, dan meningkatkan oxidative stress. 

Minyak habbatussauda  memberi alternatif untuk mengurangkan homocysteine kepada mereka yang tidak memberi respon terhadap asid folik, vitamin B12 atau B

No comments:

Post a Comment