Banyak benda boleh dikitar semula, antaranya surat khabar, kertas,
kotak, tin, besi, plastik, minyak masak terpakai dan bateri selain barangan
e-waste seperti pencetak, televisyen, peti sejuk, CPU dan monitor komputer
serta ketuhar gelombang mikro.
Amalan kitar semula cara terbaik menjimatkan tenaga dan memelihara
alam sekitar. Contohnya, tenaga dapat dijimatkan dengan mengitar semula satu
botol plastik cukup memberi kuasa kepada mentol 60 watt untuk menyala selama
enam jam.
Kajian menunjukkan aluminium mengambil masa 400 tahun untuk
terurai secara semula jadi. Dengan mengitar semula satu tin aluminium dapat
menjimatkan tenaga untuk menyalakan televisyen selama tiga jam manakala satu
botol kaca pula dapat menyalakan mentol 100 watt untuk tempoh masa empat jam.
Bayangkan, jika lebih ramai menghidupkan amalan kitar semula maka lebih banyak
tenaga dapat dijimatkan.
Di Jerman, 65 peratus bahan buangan dikitar semula pada 2013.
Laporan oleh Eurostat menyatakan 152.8 juta daripada 353 juta tan bahan buangan
dihasilkan di negara itu telah dikitar semula, 34 juta berjaya ditukar untuk
pemulihan tenaga, 11 juta dihantar ke insinerator manakala 63.8 juta telah
dihantar ke tempat pembuangan sampah.
Selain itu, harga barangan kitar semula juga dibeli pada harga
tinggi serta inisiatif seperti sistem deposit botol menjadikan kadar kitar
semula adalah tinggi di Jerman.
Sememangnya amalan kitar semula adalah pendekatan untuk
mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dilupuskan. Namun, kadar kitar semula
di Malaysia masih di tahap rendah.
Hanya 15 peratus rakyat Malaysia mengamalkan kitar semula walaupun pelbagai inisiatif telah diambil pihak berwajib untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar, antaranya pengasingan sisa pepejal mulai 1 September 2015 dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
Hanya 15 peratus rakyat Malaysia mengamalkan kitar semula walaupun pelbagai inisiatif telah diambil pihak berwajib untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar, antaranya pengasingan sisa pepejal mulai 1 September 2015 dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
No comments:
Post a Comment