Kampung Taritan terletak 11 kilometer dari Kota Bharu, dan
hanya 4 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Pada awal 1970-an, kampung ini didiami kira-kira 3000 orang penduduk melibatkan kira-kira 500 buah keluarga. Penduduknya hidup aman dan harmoni, saling tolong menolong dan menghormati antara satu sama lain.
Di sana sini anak-anak kecil bermain-main dengan gelak ketawa. Ada padang bola sepak untuk anak-anak muda beriadah setiap petang. Ada juga gelangang takraw dan badminton.
Paling menarik pandangannya waktu sebelah petang apabila para nelayan pulang dari laut. Para isteri menunggu di tepi pantai menanti kepulangan suami membawa pulang hasil tangkapan seharian di tengah laut.
Sekiranya anda pernah menyaksikan gambar di televisyen maupun media cetak mengenai panorama nelayan pulang menangkap ikan sedang menarik perahu naik ke darat, itulah kisah yang terjadi di kampung itu.
Itu semua dahulu. Kini tidak ada lagi. Semuanya itu hanya tinggal dalam kenangan penduduk kampung ini, atau mereka yang pernah datang ke kampung ini pada masa dahulu.
Nama Taritan tercatat dalam geran tanah. Bagaimanapun orang lebih kenal dengan nama Pantai Dasar atau Pantai Sabak. Sebab itu, kalau ditanya tentang Kampung Taritan, tidak ramai yang tahu di mana, tambah-tambah lagi kampung itu sudah lenyap dalam peta.
Pada tahun 60-an, jarak kampung itu dengan gigi pantai kira-kira 3 kilometer. Luas benar kawasan kampung ini. Penduduk kampung memang tidak dapat melihat laut. Memang jauh berjalan kaki bila hendak pergi ke tepi pantai.
Namun, semua dataran itu telah lenyap akibat hakisan ombak. Penduduk hanya boleh pegang geran tanah sebagai kenangan. Boleh tunjuk kepada anak cucu inilah kawasan tanah yang pernah dimiliki. Sedangkan tanah itu sudah menjadi laut.
Proses hakisan pantai memang telah berlaku sejak dahulu lagi. Setiap musim tengkujuh ketika ombak besar, hakisan pantai akan berlaku.
Bagaimanapun, kesan hakisan itu tidak teruk berbanding tahun 1980-an. Hakisan teruk hanya berlaku bermula pada tahun 1986. Puncanya tidaklah pasti. Tetapi jika berpandukan kepada apabila yang berlaku, mungkin berkaitan dengan pembinaan benteng pemecah ombak yang dibina di muara Sungai Pengkalan Datu, yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ.
Sejak tahun ini ada penduduk kampung yang terpaksa berpindah apabila tapak rumah mereka dihakis ombak. Setahun demi setahun penduduk Kampung Taritan berkurangan.
Mereka terpaksa berpindah biarpun amat berat hati untuk melakukannya. Tidak ada pilihan. Penduduk terpaksa mencari tempat tinggal baru sendiri.
Kejadian hakisan berlaku setiap musim tengkujuh antara bulan
Oktober hingga Januari, dan kadangkala berlanjutan akhir bulan Febuari. Ketika
itu ombak bukan sahaja memukul gigi pantai, tetapi air boleh naik 50 hingga 100
meter ke darat.
Kisah hakisan dan ombak besar memukul rumah kini telah hilang. Pantai Kampung Taritan kini telah dibina benteng batu untuk mengatasi masalah hakisan. Benteng yang dibuat agak tinggi dan sukar untuk dilepasi ombak, melainkan ombak besar sangat.
Sayangnya, benteng yang dibuat itu sekadar mampu menyelamatkan beberapa buah rumah yang masih bertahan. Pun begitu, benteng batu itu amat bererti kerana ini bermakna saki baki nama Kampung Tarikan akan terus kekal.
Di Kampung Taritan yang masih tersisa itu wujud kedai atau gerai makan yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menjamu selera, terutama pada sebelah petang.

No comments:
Post a Comment