Mengusahakan penambahan bahan
makanan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan.
Bila ada penambahan, masalah kekurangan dapat diatasi. Biarpun tidak dinafikan
banyak halangan terpaksa dihadapi, namun itu bukan alasan untuk tidak berusaha
meningkatkan pengeluran makanan negara.
Makanan tidak hanya merujuk kepada
beras semata-mata. Inilah budaya masyarakat kita yang tidak dapat lari daripada
nasi sebagai makanan ruji. Tiada beras, maka tiada nasi dan jawabannya belum
makan lagi.
Sebab itu, biarpun telah makan mee, pulut, kek atau sesuatu yang mengenyangkan, mereka masih mahu makan nasi juga.
Sebab itu, biarpun telah makan mee, pulut, kek atau sesuatu yang mengenyangkan, mereka masih mahu makan nasi juga.
Kita tentu masih ingat atau
mengetahui mengenai masalah kekurangan makanan semasa dijajah oleh tentera
Jepun dari tahun 1941 hingga 1945.
Disebabkan harga beras yang melambung (masalah nilai wang) dan kekurangan bekalan, ganti sumber makanan rakyat Tanah Melayu, terutama di kampung-kampung ialah ubi kayu, keledek, keladi, pisang dan ulam-ulaman.
Disebabkan harga beras yang melambung (masalah nilai wang) dan kekurangan bekalan, ganti sumber makanan rakyat Tanah Melayu, terutama di kampung-kampung ialah ubi kayu, keledek, keladi, pisang dan ulam-ulaman.
Penduduk sekarang tidak lagi berminat
makan jenis-jenis makanan itu. Malah banyak yang tidak kenal ubi kayu, keledek
dan keladi. Ada yang beranggapan itu makanan golongan miskin atau peduduk
kampung saja. Itulah silapnya apabila sumber makanan yang banyak di negara kita
tidak dihargai.
Jenis makanan itu kaya dengan zat
pemakanan. Ia kaya dengan nutrin pemakanan untuk kesihatan dan perubatan. Malah,
boleh dijadikan makanan ruji. Penduduk di negara tertentu menjadikan pisang
sebagai makanan utama.
Di negara kita sendiri, pada masa lalu, beberapa jenis pisang tertentu dijadikan makanan bayi yang kini telah diambil alih oleh makanan bijirin diproses di kilang.
Di negara kita sendiri, pada masa lalu, beberapa jenis pisang tertentu dijadikan makanan bayi yang kini telah diambil alih oleh makanan bijirin diproses di kilang.
Jenis-jenis tanaman itu diperkatakan
bukan kerana boleh dijadikan altenatif kepada beras, tetapi apa yang lebih
penting ialah ia mudah ditanam, hidup subur dan mudah mengeluarkan hasil di
negara kita.
Untuk menanam ubi kayu, keladi,
keledek dan pisang tidak memerlukan bendang atau ladang khas. Kawasan di tepi
rumah juga boleh ditanam. Sekarang ini banyak kawasan yang terbiar ditumbuhi
semak samun.
Jenis tanaman itu tidak memerlukan
bekalan air, keculi dalam kadar yang reletif sedikit berbanding padi. Ia boleh
ditanam dan membesar sepanjang tahun, kecuali ubi kayu yang tidak tahan apabila
berlaku banjir yang menyebabkan ubinya menjadi buruk.
Paling mudah ditanam ialah pisang. Ada
yang asalnya ditanam berpuluh tahun lalu, tetapi terus mengeluarkan anak baru
dan memberikan hasil yang berterusan.
Gambaran yang dinyatakan ini
bertujuan supaya rakyat tidak perlu begitu rungsing mengenai krisis makanan. Apa
yang penting ada usaha dilakukan untuk menambah bekalan makanan pilihan selain
beras.
Negara kita mempunyai keluasan tanah
pertanian yang mampu untuk menampung keperluan makanan negara jika betul-betul
diusahakan.
Mungkin untuk menambah penghasilan
beras secara mendadak sedikit bermasalah kerana memerlukan sistem pengairan dan
pengaliran yang baik. Tetapi, untuk mengusahakan tanaman lain rasanya tidak
begitu sukar untuk diusahakan.
Apa yang penting, ialah cita rasa
rakyat kita kenalah berubah. Jangan hanya mengharapkan nasi saja sebagai
makanan ruji.
Di samping itu, penerapan amalan
berjimat atau mengurangakan pengambilan makanan secara berlebih-lebihan juga
satu tindakan serampang dua mata iaitu mengatasi masalah kekurangan bekalan
makanan dan pada masa yang sama mengamalkan pemakanan sihat.
Di negara lain, rakyatnya sengsara
dan mati kerana kekurangan makanan, tetapi rakyat kita berpenyakit dan mati
disebabkan lebih makan.
No comments:
Post a Comment