Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan
1983 memang membenarkan penggunaan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet,
termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin, tetapi pada kadar tidak
melebihi 30mg/kg.
Sulfur
dioksida sudah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada
kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee
on Food Additive (JECFA).
Sulfur
dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar
dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif
apabila terhidu atau tertelan.
Setiap
bungkusan makanan untuk jualan termasuk limau mandarin yang ditambah sulfur
dioksida lebih daripada 10mg/kg, mesti dilabel dengan pernyataan
"mengandungi sulfur dioksida.
Ini
termaktub di bawah subperaturan 20(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan jika
ingkar boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Di bawah
subperaturan 11(1) (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi makanan import
termasuk limau mandarin, nama serta alamat pembungkus dan pengimport, termasuk
nama negara dari mana makanan itu berasal hendaklah dinyatakan pada label.
Sesiapa
membuat pelabelan palsu boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada tiga tahun
atau denda atau kedua-duanya seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16,
Akta Makanan 1983.
No comments:
Post a Comment