Friday 29 March 2019

BUNGA CEMPAKA PUTERI SAADONG

Mereka yang berkunjung atau mendaki Bukit Marak, bukit lagenda yang dikaitkan dengan Puteri Saadong, berpeluang menjumpai bunga cempaka yang gugur di kawasan puncak.

Bunga cempaka itu berwarna kuning. Penemuan bunga cempaka kuning itu bagi setengah orang dikaitkan dengan Puteri Saadong.

Bunga cempaka memang terkenal dalam mesyarakat Malayu. Kecantikan dan bau yang harum menjadikan ia lambang kepada kecantikan. Sebab itu, cempaka sering dijadikan nama bagi wanita pada masa dahulu.

Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.

Cempaka (atau nama genusnya Michelia) memiliki 3 spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih (michelia alba), warna kuning dan warna merah (michelia champaca). Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.

Buahnya yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap, mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.

Kayunya boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah. Akan tetapi hasil perabot dari kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. 

Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah satu meter.

Bunganya yang berbau wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol dan methulaethulazijnzuur.  

Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

No comments:

Post a Comment