Friday 29 March 2019

KELEBIHAN KAIN FURSAN, JUBAH JADI SELESA, SEJUK

Salah satu metarial istimewa untuk membuat jubah perempuan atau abaya ialah kain fursan. Kebanyakan jubah dari Arab Saudi diperbuat daripada kain fursan.

Kain fursan menjadi pilihan kerana ia selesa dan sejuk di kulit apabila dipakai dalam cuaca panas. Pada masa sama ia menjadi penebat haba semasa musim sejuk. Sebab itu wanita di Arab Saudi boleh memakai abaya berwarna hitam di negara mereka yang panas pada siang hari dan sejuk pada waktu malam.

Selain itu, kain fursan agak 'berat' dan sedikit tebal. Ciri ini menjadikan apabila dipakai abaya tersebut jatuh dengan elok ke bawah. Jadi ia tidak menggerbang bila ditiup angin. Selain itu ia dapat melindungi aurat kerana ketebalannya.

Selain itu, kain fursan senang digosok, tapi lebih selesa jika digosok secara terbalik yakni gosok bahagian dalam abaya kerana tekstur bahagian belakang kain fursan sedikit kesat berbanding bahagian luar atau depan. Apabila diletakkan di atas papan menggosok ia tidak mudah lurut ke bawah.

Satu lagi keistimewaan kain fursan ialah tidak melekap di badan. Insya-Allah tidak menampakkan lekuk badan, melainkan pakaian itu memang dijahit mengikut potongan badan dan sendat.

No comments:

Post a Comment