Garam merupakan bahan yang sangat penting bagi kehidupan
manusia. Garam daripada pelbagai sumber telah digunakan sejak zaman awal kehidupan manusia.
Hidup tanpa garam menjadikan selera terbantut, proses
pengawetan tidak dapat dilakukan dan sebagainya. Sebab itu, perdagangan garam
telah berlaku rentas benua sejak zaman manusia mula berniaga dalam jarak jauh.
Jadi, industri penghasilan garam amat penting biarpun tidak
mendatangkan pulangan dalam skala besar.
Penghasilan garam menggunakan air laut atau batu bukit
mineral. Paling banyak tentu sekali menggunakan air laut yang sumbernya tidak
terbatas.
Proses pembuatan garam daripada air laut dilakukan dengan
cara menyejat atau menguapkan air sehingga tertinggal sisa garam.
Untuk penghasilan garam yang banyak atau sebagai satu kerjaya
mahupun industri, air laut akan dialirkan masuk kedalam petak-petak 'sawah'
atau 'bendang' garam.
Air laut itu akan mengalami proses penguapan di bawah sinar
matahari. Jangkamasa sehingga semua air kering bergantung kepada kadar kepanasan
sinar matahari, sekitar lima hingga 10 hari. Sebab itu, kerja-karja ini biasa dibuat
pada masa musim kemarau.
Garam yang terbentuk kemudiannya akan 'dituai' dengan dikumpul
sebelum dibawa untuk dibungkus.
Satu lagi cara menghasilkan garam daripada air laut ialah dengan
memanasnya sehingga kesemua airnya kering meninggalkan sisa garam. Garam dihasilkan
cara ini lebih halus berbanding garam dihasilkan secara penguapan yang lebih kasar
bentuk kristalnya.
No comments:
Post a Comment