Friday, 29 March 2019

AV8 GEMPITA LEBIH DIYAKINI

DefTech AV8 Gempita ialah kenderaan berperisai pelbagai fungsi amfibia yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Malaysia DefTech dengan bantuan syarikat pertahanan Turki FNSS.

Gempita menyerupai reka bentuk dan teknologi Turki FNSS Pars. Kenderaan ini mempunyai reka bentuk modular yang membolehkan pemasangan menara, senjata, sensor, dan sistem komunikasi yang berbeza pada kenderaan yang sama.

Kenderaan ini mempunyai 12 varian termasuk pengangkut kakitangan berperisai, kenderaan tempur infantri, pemusnah tangki, kenderaan perisikan isyarat dan kenderaan pemulihan. Ia dihasilkan oleh DefTech di Pekan, Pahang.

Penggunaan Gempita menggantikan kereta perisai lama milik Tentera Darat iaitu Condor dan Sibmas. Kenderaan perisai ini ditempatkan di pasukan Infantri Mekanise dan Armor.

Gempita mempunyai ketebalan perisai sehingga ke tahap 4. Ini bermakna ia mampu menangkis tembakan dari peluru perobek armor (AP Rounds) 7.62mm dan 14.5mm.

Direka untuk membawa sehingga 11 orang anggota Trup Serang/Infantri, mampu menjangkau jarak operasi sehingga 700km dengan kelajuan maksimum 100km/j.

Kenderaan tempur ini dilengkapi sistem pengurusan tempur berkomputer yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.

AV8 Gempita memberikan kelebihan mobiliti dan atur gerak tentera infantri ke medan dalam keadaan terlindung dari tembakan senjata ringan dan ledakan ketika memasuki medan tempur, selain memberikan sokongan tembakan kepada tentera infantri yang sedang bertempur dari ancaman kenderaan armor musuh dan tentera infantri musuh.

No comments:

Post a Comment