Apakah
status hadis ini? Maksudnya:
“Kalaulah manusia itu mengetahui apa (kebaikan) yang ada pada halba, nescaya
mereka akan membelinya walaupun dengan kadar (harga) emas.”
Hadis
ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir
daripada Mu’az bin Jabal.
Untuk
itu, di sini kami nukilkan beberapa pendapat para ulama berkaitan status
hadis di atas:
-
Imam Ibn al-Jauzi (597 H) menghukum hadis ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-Mawdhu’at, 297/2].
- Imam al-Sakhawi (902
H) mengatakan bahawa di dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang kuat
berdusta. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 556/1].
- Imam al-Suyuthi (911
H) menyatakan bahawa hadith tersebut palsu kerana salah seorang perawi di dalam
sanad iaitu Husain ialah seorang pemalsu hadis. [Lihat:
al-La’aali al-Masnu’ah, 187/2].
- Syeikh Mulla Ali
al-Qari (1014 H) menilai hadis ini sebagai palsu. [Lihat:
al-Asrar al-Marfu’ah, 297/1 dan al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Mawdhu’,
150/1].
- Imam al-Zurqani (1122
H) mengatakan hadis ini adalah palsu. [Lihat:
Mukhtasar al-Maqasid, 182].
- Syeikh al-Ajlouni
(1162 H) menyatakan bahawa di dalam sanad terdapat perawi yang kuat berdusta
iaitu Sulaiman. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 195/2].
- Syeikh al-Hut
al-Beiruti (1277 H) menghukum hadis ini sebagai palsu. [Lihat: Asna al-Mathalib, 237/1].
- Imam al-Qauqaji (1305
H) menghukum hadis ini palsu sebagaimana Imam al-Suyuthi. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 154/1].
Setelah
kami melihat beberapa pandangan para ulama dalam menentukan status hadis ini,
maka kami cenderung untuk menyatakan bahawa hadis di
atas adalah tidak sahih dan kita tidak boleh sesekali menyandarkannya kepada
Nabi SAW serta meriwayatkan kepada orang lain melainkan bagi menyatakan
kepalsuannya.
No comments:
Post a Comment