Iman di hati ialah kunci utama ke
arah perubahan sikap. Iman secara automatik akan mengubah manusia secara
bertahap tahap.
Transformasi, reformasi, evolusi,
revolusi atau apa sahaja istilah yang dikaitkan dengan perubahan, mesti
berlandaskan soal hati. Apabila soal hati ditangani dengan iman, ia memberi
satu kekuatan yang luar biasa dalam diri manusia yang biasa.
Tauhid ialah sumber kekuatan
untuk melakukan perubahan kerana ia mengrungkai semua halangan dan godaan
luaran yang mengganggu usaha ke arah perubahan.
Soal hati, bukan hanya penting
pada peringkat awal perubahan tetapi perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia
untuk menjadi individu yang baik dan mampu memberi kebaikan.
Rasulullah SAW pernah
mengingatkan bahawa setiap amalan bergantung pada niat. Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: "Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat."
(Riwayat Muslim).
Maknanya, jika niat baik,maka
amalan pun akan baik. Sebaliknya jika niat jahat, amalan yang baik sekalipun
akan bertukar menjadi jahat.
Bagaimana natijah atau kesan
sesuatu amalan sering bergantung pada mukadimahnya. Jika mukadimah amalan itu
ialah yang baik, maka amalan itu akan memberi kesan yang baik.
No comments:
Post a Comment