Perkataan “raya” bermaksud besar. Apa-apa
yang besar akan disebut raya. Tetapi tidak semua yang besar itu disebut raya.
Perut besar tidak dipanggil perut raya.
Perkataan yang ada “raya” sering disebut
ialah jalan raya, balai raya, pasar raya, bandar raya dan hantu raya. Dua “raya”
yang paling dinanti-nanti ialah hari raya dan pilihan raya.
Hari raya bagi umat Islam ada dua iaitu
Hari Raya Aidilfitri atau juga dipanggil Hari Raya Puasa dan satu lagi Hari
Raya Aidiladha yang juga dikenali Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku datang
kepada kamu yang kamu mempunyai dua hari raya pada masa jahiliyah yang kamu isi
dengan bermain-main. Maka Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih
baik bagi kamu iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.” (Hadis riwayat Nasai
dan Ahmad)
Kedua-dua hari raya itu disambut meriah sebagai
hari kebesaran pada setiap tahun di seluruh dunia di mana ada umat Islam
tinggal.
Namun sambutan raya paling besar diamalkan
di seluruh negara mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi ialah pilihan raya.
Setiap negara mempunyai tempoh “matang’ pilihan raya biasa empat atau lima
tahun sekali akan diadakan pilihan raya.
Di Malaysia, tempoh matang satu-satu
penggal parlimen ialah lima tahun. Namun, pilihan raya boleh dibuat bila-bila
dalam tempoh kurang lima tahun setelah dibubarkan atau berlaku kekosongan sesuatu
kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Pilihan raya memang meriah luar biasa. Aktiviti
kunjung mengunjung paling meriah. Calon, wakil calon atau wakil parti akan
bertemu dengan sebanyak mungkin pengundi. Tidak kira kaya dan miskin, tua dan
muda, berdarjat dan tidak. Ketika itu semua individu yang berdaftar sebagai
pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai hak yang sama untuk memberi satu undi kepada calon.
Alangkah baiknya jika kecaknaan seluruh
masyarakat terhadap golongn miskin dan memerlukan bantuan pada Aidilfitri dan
Aidiladha juga seperti kempen pilihan raya.
Kredit kepada pelukis gambar
No comments:
Post a Comment