Thursday 20 October 2016

Bagaimana cara kira BMI

Berat badan dikategorikan kepada kurang berat, normal, berat lebih daripada normal dan obes berdasarkan Body Mass Index (BMI). Cara kira BMI ialah berat (kilogram) dibahagi dengan ketinggian (meter) kali ketinggian (meter). 

Contoh pengiraan, jika berat badan anda 65 kilogram dan ketinggian anda 1.70 meter. Cara kira ialah 65 dibahagi 1.7 dan dibahagi sekali lagi dengan 1.7. Jawapannya ialah 22.49. 

Carta BMI adalah seperti di bawah.
- Kurang daripada 18.4 - berat badan kurang atau kurus
- 18.5 hingga 24.9 - berat badan normal atau idel
- 25 hingga 29.9 - berat badan berlebihan
- 30 hingga 34.9 – obesiti tahap 1
- 35 hingga 39.9 – obesiti tahap 2
- 40 dan ke atas – obesiti tahap 3

Jika anda tergolong dalam kategori mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami obesiti, maka berhati-hatilah kerana anda mempunyai kemungkinan 90 peratus diserang penyakit kencing manis, demikian menurut hasil kajian Persatuan bagi Mengkaji Obesiti Malaysia.

Kajian itu mendedahkan bahawa risiko itu tidak terhad kepada mereka yang berusia melebihi 40 tahun saja, tetapi juga semua peringkat usia.

Sekarang ini golongan lebih muda juga menghidap kencing manis jika mereka mempunyai berat badan berlebihan atau obese. Tak perlu tunggu hingga mencapai usia 40 tahun.

Bahkan, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada penyakit kencing manis dan fenomena yang wujud di negara Barat ini hanya menunggu masa saja untu menjalar ke Malaysia.

Kita boleh makan 24 jam sehari, tapi tak boleh bersenam. Resipi ini boleh membawa padah.  Keadaan itu tidak baik, terutama bagi Malaysia, yang jumlah penduduk dewasanya merangkumi kira-kira 13 juta daripada keseluruhan 26 juta penduduk.

Jika kira-kira 30 peratus saja daripada 13 juta golongan dewasa ini yang mempunyai berat badan, keadaannya tidak baik kerana jumlah itu dikira besar.

Genetik juga memainkan peranan besar dalam masalah obesiti kerana kajian menunjukkan bahawa jika ibu bapa seseorang itu tergolong sebagai mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, maka anak mereka mempunyai peluang sebanyak 80 peratus untuk mengalami masalah serupa.

1 comment: