Sunday 8 January 2017

Halang kes sumbang mahram

Penderaan seksual bapa ke atas anak perempuan adalah perbuatan tidak perikemanusiaan dan zalim. Terdapat kes bapa rogol anak sendiri, ayah cabul anak gadis. Ini dikatakan peribahasa haruan makan anak. Bapa yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan kejahilan anak sendiri. Apa yang berlaku adalah keterbalikan tabie.  

Bapa sepatutnya sanggup bermatian untuk mempertahankan maruah anak, tetapi berlaku sebaliknya. Papa hebat menjadi hero kepada anak-anak mereka.

Bapa sedemikian tidak layak dipanggil bapa, ayah, papa, abah, abi atau gelaran lain yang mulia. Kalaupun hendak dipanggil bapa juga, elok ditambah dengan perkataan syaitan iaitu bapa syaitan. Bapa yang nafsu iblis. Ayah bernafsu buas melepaskan kepada anak sendiri. 

Sebenarnya, bapa yang bersikap demikian lebih hina daripada binatang. Haiwan tahu menjaga maruah anak. Haiwan yang tidak ada akal pun tahu menjaga anaknya.  
Bapa sepatutnya mengajar anak perempuan agar menjaga maruah. Pertahankan kesucian diri. Ini tidak, ayah pula yang menggatal dan ghairah terhadap anak perempuan sendiri. Mereka memusnahkan kehidupan anak sendiri. Masa depan anak gelap dan tidak tentu haluan.

Kes ayah cabul anak perempuan semakin bertambah. Mereka rogol anak sendiri kerana desakan nafsu iblis yang menguasai diri. Itu tidak termasuk kes bapa menggadai anak untuk puaskan nafsu lelaki buas disebabkan gagal membayar hutang. Anak dijadikan bahan dagangan.  

Memang wajar pesalah sumbang mahram dikenakan hukuman berat. Hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat tidak menakutkan mereka bernafsu iblis. Desakan dan keinginan memuaskan nafsu gila lebih menguasai fikiran. 

Sebenarnya, bapa yang melakukan penderaan seksual terhadap anak sendiri yakin bahawa perbuatan itu tidak akan dilaporkan kepada polis kerana mereka telah mengugut mangsa.  Anak tentu sekali tidak mahu ayah dipenjara.

Bapa juga menipu anak kononnya itu perbuatan yang biasa dilakukan oleh bapa terhadap anak perempuan mereka. Maka, perbuatan itu tidak dianggap satu kesalahan. Kononnya itu tanda kasih sayang.  

Lama kelamaan anak sendiri ketagih melakukan hubungan seks dengan bapa sendiri. Kes bapa main anak semakin banyak. Ada anak perempuan mengambil alih tugas ibu melayan nafsu ayah.

Sebab itu amat penting anak gadis diajar tentang perbuatan yang boleh dan tidak boleh orang lain lakukan terhadap diri mereka. Mereka kena tahu tentang hubungan seks yang dibenarkan dan diharamkan.  

Selain bapa, anak gadis juga terdedah kepada gangguan seksual dari ahli keluarga lelaki lain seperti adik atau abang lelaki, datuk, bapa saudara, abang ipar, adik ipar lelaki, bapa tiri, kekasih ibu dan teman lelaki kepada ahli keluarga.  

Sejak kebelakangan ini, banyak kes penderaan fizikal dan penderaan seksual dilakukan oleh teman lelaki kepada ibu. Kes ini berlaku apabila berlaku kes perceraian atau perbalahan dalam keluarga. Ibu mendapat kekasih atau teman lelaki lain yang bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap anaknya. 

Kes sama dilakukan oleh bapa tiri yang mengambil kesempatan atas hubungan dengan anak tiri perempuan yang tingggal bersama. Tambahan pula, anak tiri itu telah masuk usia remaja dan beperlakuan ghairah.  


Banyak kes ibu yang telah berusia berkahwin dengan pasangan lebih muda yang umurnya sebaya atau tua sedikit dengan anak perempuannya.  

Biarpun hubungan bapa tiri dengan anak perempuan tiri termasuk dalam mahram atau kedua-duanya haram berkahwin sampai bila-bila setelah wujud atau berlaku hubungan seks antara bapa tiri dengan ibunya, mereka perlu menjaga batasan hubungan. 

Anak tiri perempuan perlu menjaga batasan aurat agar tidak terdedah atau perbuatan yang boleh mengundang ghairah bapa tiri.

1 comment:

  1. Gejala sumbang mahram ini bukan saja berlaku di negara kita tetapi amat meluas di iceland akibat keadaan unik di pulau itu: https://thevexingworld.blogspot.com/2017/08/hubungan-seks-sedarah-di-iceland.html

    ReplyDelete