Monday, 27 March 2017

Beri nafkah batin isteri

Hubungan seks penting bagi pasangan suami isteri. Ia satu anugerah. Sebab itu, Islam meletakkan perkara itu penting. Istilah nafkah batin menjadi antara yang dibincang dalam bab rumahtangga. 

Suami perlu memberi nafkah batin sewajarnya terhadap isteri dan isteri pula perlu melayan kehendak suami. Jika mana-mana pihak gagal melaksanakan tanggungjawab itu, antara mereka 'layak' memohon soal perceraian.


Soal seks jangan dibuat mudah. Banyak pasangan yang berdepan dengan masalah hubungan seks sehingga berlaku perceraian. Tidak kurang juga berlaku perbuatan curang dengan pasangan lain disebabkan tidak mendapat kepuasan dengan pasangan sah. Disebabkan keperluan seks ramai yang sanggup melakukan dosa zina. 


Istilah klimaks atau ejakulasi merujuk kepada keadaan berlaku air mani dikeluarkan. Pada ketika air mani dikeluarkan memberi pelbagai kenikmatan kepada lelaki mahupun wanita. 

Namun, terdapat kes ketika ejakulasi berlaku tanpa dapat menikmatinya. Secara normal perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Pun, dalam kes tidak normal, perkara ini boleh berlaku.

Keadaan ini sudah pasti merungsingkan lelaki. Mereka berpendapat apa guna ejakulasi jika tidak dapat merasai kenikmatan.  

Maka, ada yang mengaitkan dengan masalah sihir. Mengikut kaedah perubatan, keadaan itu tiada kaitan dengan sihir.  

Mengikut statistik, kurang satu peratus fenomena ejakulasi tanpa orgasma atau kenikmatan berlaku. Masalah ini turut dikenali sebagai ‘Anaesthetic Ejaculation’ dan ‘Ejaculatory Anhedonia’ yang bermakna pancutan air mani tanpa rasa yang biasa dialami ketika kemuncak seksual. 

Perkara ini mempunyai kaitan dengan kawalan sistem fungsi tubuh badan yang dikawal oleh otak. 

Mesej dari badan ke otak dan penghantaran maklum balas dari otak ke badan memerlukan sistem otak dan sistem fungsi urat saraf yang baik. Sekiranya dua sistem ini terganggu, keadaan ejakulasi tanpa orgasma boleh berlaku. 

Antara punca berlaku kecelaruan sistem ini ialah apabila melakukan sesuatu yang di luar keperluan sistem urat saraf. Contohnya, keadaan biasa untuk berlaku orgasma ialah melalui hubungan suami isteri. Tetapi, ada yang melakukan perbuatan bertentangan iaitu melalui onani yang kerap. 

Perbuatan itu meyebabkan gangguan saraf dan pemusatan pemikiran. Kekerapan onani memberi isyarat bahawa orgasma akan berlaku hanya melalui onani, tetapi tidak ketika bersama isteri atau pasangan. 

Maka itu, diingat kepada lelaki, jangan sekali-kali menjadikan onani sebagai ‘kebiasaan’. Selain itu, perbuatan banyak menonton filem seks juga punca berlaku kecelaruan seks, terutama di kalangan suami.

No comments:

Post a Comment