Bulan Rejab salah satu 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain
bulan Muharam, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan haram merupakan bulan
mulia.
Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36 bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)."
Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya, kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

Sabda Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar
sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas
bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut:
Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan
Jamadilakhir dan Syaban." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).
Imam Ibnu Rajab
al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm.
117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan agung dan mulia. Antara
keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj yang
menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.
Namun isu yang
timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah
dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada hadis palsu yang
direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.
Mengagungkan
bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman
Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu
mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara
amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila
datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan
puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.
Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya, kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).
Isu mencemarkan
bulan Rejab dengan janji sumber palsu ini sudahpun wujud
sekian lama. Terdapat ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu
hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad SAW berkaitan kelebihan
bulan Rejab dan amalan khusus padanya.
Antara ulama itu ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.

Ata seorang
ulama tabiin menjelaskan, Nabi Muhammad SAW melarang daripada berpuasa penuh
sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang
dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11).
Ibnu Hajar al-Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.

Tetapi jika
seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa
bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa
hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu
tidak menjadi kesalahan.
Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).

Imam Ibnu Hajar
al-Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin
al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang
dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya.
Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu."
Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab. Namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."

Antara kelebihan
bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan hadis palsu
ialah:
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
ii. Bulan Rejab
Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan
ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama
hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash.
Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali
seperti al-Kassa'i.
iii. Kelebihan
bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh
ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn
al-Mubarak al-Saqati.
iv. Sesiapa
berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa
sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka.
Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa
berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh
keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan
diazab.
Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa
sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia
bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca
surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu
tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis
yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin
Ibrahim.
Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

vii. Bersedekah
pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana
ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai
seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.
No comments:
Post a Comment