Tuesday 28 March 2017

Jaga usus elak penyakit

Najis dikeluarkan dari badan beri tanda tahap kesihatan berdasar bentuk, warna dan struktur. Najis mempunyai kaitan rapat dengan kolon atau usus yang berperanan menghadam makanan dan menyerap zat.   

Fungsi sebenar kolon adalah mencuci dan menghapuskan sisa penghadaman daripada badan. Sebaliknya, kolon bertukar menjadi bakul sampah menyimpan unsur tidak diperlukan badan disebabkan sikap kita.

Sebahagian sisa toksid melekat pada kolon bertahun-tahun. Makanan tidak sesuai daripada segi campuran berkumpul di dalam kolon. Sisa itu berkumpul di dinding kolon sehingga menghalang tugas sebenar kolon. 

Fakta dari Kolej Perubatan England mendapati 90 peratus pelbagai penyakit berkaitan dengan kolon tidak bersih. Statistik juga mendapati kira-kira 500,000 kematian setahun di seluruh dunia disebabkan kanser kolon.

Manakala kira-kira lima juta atau 20 peratus rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain. Keadaan ini berpunca cara pemakanan tidak sihat seperti kurang makan serat, banyak makan makanan segera dan makanan proses serta snek.  

Untuk mengetahui tahap kesihatan kolon, 'kajian' atau pemerhatian mudah boleh dilakukan berdasarkan keadaan najis turut melambangkan tahap kesihatan tubuh kita.

Presiden Kolej Gastroenterologi Amerika Syarikat, Dr Amy Foxx-Orenstein, berkata saluran usus kita ialah unit pemprosesan bagi semua khasiat makanan yang kita makan dan unit untuk mengeluarkan semua yang tidak dikehendaki. Lantas, apa yang keluar daripadanya menggambarkan sejauh mana tahap kesihatan atau penyakit yang ada dalam tubuh kita.'

Beberapa masalah kesihatan seperti penyakit penghadaman disebut 'celiac disease', boleh menyebabkan masalah penyerapan serat ini. Bau busuk juga boleh disebabkan oleh memakan makanan yang mengandungi olestra (lemak tiruan yang terdapat dalam beberapa snek goreng) dan memakan beberapa jenis ubat untuk menurunkan berat badan.

Berapa kalikah sehari kita harus membuang air besar dan berapa lama kita harus menghabiskan masa di tandas yang dianggap normal?  Tiada jawapan betul bagi soalan ini. Pakar mengatakan tiada masa, tempoh atau kekerapan yang dianggap normal untuk membuang air besar.  Apa yang 'normal' berbeza daripada seorang ke seorang. 

Sekali, dua atau tiga kali sekali, semua ini boleh diiktiraf 'normal' dan menyihatkan bagi individu berlainan. Tetapi jika rutin ini berubah, anda haruslah menyiasat puncanya.

Jika anda lebih kerap membuang air besar, mungkin anda makan serat berlebihan atau jika anda mengalami sembelit, perhatikan apa yang anda makan.

Untuk mengatasi masalah kolon memerlukan tindakan khusus ke arah itu. Langkah yang pertama dan utama ialah memperbaiki amalan pemakanan.  

Jauhi makanan yang diketahui boleh memudaratkan tubuh seperti makanan segera, makanan proses, snek dan mengandungi bahan tiruan. Kita juga perlu mengetahui tropologi makanan (sains pencampuran makanan) dan jauhi makanan yang tidak boleh dimakan bersama.

Kurangkan makanan bersifat asid seperti asam dan air bergas. Banyak makanan bersifat alkali untuk menuteral atau mengurangkan tahap asid dalam usus.

Kolon yang kotor perlu dicuci. Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis pencuci kolon terjual di pasaran. Ia mengeluarkan toksid yang terkumpul di dalam kolon dan membantu kembali kesihatan kolon. Amal banyak minum air berakali juga dapat mencuci kolon toksid dan berasid.
  
Percaya atau tidak, kolon adalah organ dalam badan paling teruk didera oleh sikap kita. Amalan bersenam dan menyedut udara segar dipercayai dapat membantu membersihkan kolon. 

No comments:

Post a Comment