Nama Pasar Gok Kapor diambil sempena
kegiatan pembuatan kapur di kawasan berkenaan dari dahulu dan masih wujud
sehingga sekarang.
Perkataan 'gok' adalah dapur atau relau
untuk memanaskan kulit kerang yag dijadikan bahan asas untuk membuat kapur.
Pasar Gok Kapor terletak 2 km dari
bandar Kota Bharu. Keistimewaan Pasar Gok Kapor kerana menjual hasil laut segar
dengan harga berpatutan.
Sumber hasil laut seperti ikan, udang dan
ketam diperoleh dari nelayan pantai di Kampung Kuala Besar dan Pantai Sabak.
Pasar ini beroperasi pada sebelah petang
dari pukul 04.00 petang hingga 07.00 malam.
No comments:
Post a Comment