Wednesday, 8 August 2018

LESUNG HINDIK DIGUNA TUMBUK PADI MENJADI BERAS


Lesung hindik digunakan untuk mengasingkan kulit padi agar menjadi beras. Pada masa dahulu, padi yang dituai sama ada disimpan tanpa dipisahkan dari tangkai. Padi yang disimpan bersama tangkai yang diikat dipanggil gemai. Padi yang disimpan bersama tangkai biasa lebih tahan. Selain disimpan bersama tangkai, padi juga disimpan dalam bentuk yang telah dileraikan dari tangkai.

Biji padi diseliputi kulit. Untuk mengasingkan kulit, pada masa dahulu padi perlu ditumbuk dengan lesung padi atau dipanggil lesung hindik. Lesung hindik diperbuat daripada kayu yang tahan lama. Ia terdiri daripada ibu yang ditanam di dalam tanah. Ibu lesung menjadi tempat untuk diletakkan beras.

Terdapat satu batang kayu yang di hujungnya diletakkan alu. Untuk menumbuk beras di ibu lesung, batang yang bersambung dengan alu akan dipijak dengan kaki dan dilepaskan. Ketika dipijak, alu akan naik ke atas dan apabila dilepaskan, alu akan jatuh ke dalam ibu lesung yang mengandungi beras. Proses pukulan itu akan menyebabkan kulit beras tertanggal. Beras yang telah tertanggal kulit dipanggil beras.

Kulit padi dipanggil sekam atau dedak. Untuk mengasingkan sekam dengan beras, ia perlu ditampi menggunakan nyiru atau badang.

Lesung hindik biasanya dikongsikan penduduk kampung. Maknanya tidak semua petani atau penduduk mempunyai lesung hindik. Tambahan pula, penggunaan lesung hidik tidak digunakan pada masa sama. Jadi, mudahlah untuk penduduk kampung bergilir-gilir menggunakan lesung hindik.

No comments:

Post a Comment