Saturday 25 August 2018

RAWAT LUKA KENCING MANIS GUNA MAGGOT

Penggunaan maggot atau dalam bahasa biasanya disebut ulat atau belatung untuk mengubati luka telah dilakukan sejak zaman kuno. Berdasarkan beberapa maklumat yang didapat, penggunaan maggot untuk penyembuhan luka telah dilakukan oleh penduduk asli Amerika suku Maya dan suku Aborigin di Australia. 

Disebut juga bahawa penggunaan maggot sebagai pengubatan diamalkan pada zaman renaissance. Namun di Malaysia penggunaan maggot untuk perawatan hanya diperkenalkan sekitar awal 2000.

Ternyata, terapi atau perawatan menggunakan maggot atau juga dipanggil biosurgery  telah diamalkan sejak dahulu sehingga sekarang. Perawatan menggunakan ulat ini untuk menghilangkan jaringan sel mati atau kuping iaitu selaput atau kulit tipis yang kering pada luka.

Kesukaran pesakit diabetik sembuh daripada luka pula adalah disebabkan terdapatnya kuping yang menyebabkan peredaran darah menjadi terbantut dan jangkitan senang berlaku.

Terdapat empat asas terapi ulat ini, ia membersihkan luka, membasmi kuman, merangsang penyembuhan luka, merosak dan menghalang pembuatan biofilem.

Di Malaysia, kajian mengenai kaedah ini telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Spesies ulat lalat yang digunakan itu adalah dari jenis Lucilia cuprina iaitu lalat tempatan, manakala di negara-negara Barat, spesies yang digunakan dikenali sebagai Lucilia sericata. Kedua-dua spesies ini telah dikenal pasti berkesan dalam merawat luka kronik yang sukar sembuh.

Bukan semua jenis lalat boleh digunakan. Spesies lalat yang hanya akan memakan tisu yang nekrotik (reput) boleh diguna. Ada sesetengah spesies yang memakan tisu hidup. Apabila tisu hidup diserang fenomena ini dinamakan sebagai myiasis. Spesies seperti ini tidak sekali boleh diguna untuk rawatan ini.

Selepas dikenal pasti lalat, lalat itu dibiakkan dalam makmal dengan menggunakan bahan yang sesuai untuk dapatkan pembiakan yang optimum.

Spesies lalat Lucilia cuprina boleh hidup di negara beriklim sederhana sahaja. Teknik mensterilkan larva yang merupakan teknik yang penting adalah berbeza dari luar negara. Objektifnya adalah sama iaitu membasmikan kuman-kuman yang ada pada ulat lalat. yang membezakan kuman-kuman di ulat dan juga kaedah mengklon lalat.

Ulat lalat yang digunakan terhadap pesakit mesti melalui proses pensterilan iaitu tidak ada kuman pada ulat lalat ini

Proses mendapatkan larva yang steril mengambil masa dua hari. Penyakit-penyakit yang boleh menggunakan terapi ulat ialah ulser yang disebabkan kencing manis (diabetes), bedsore ulcer, pressure wound dan ulser disebabkan kanser.

Disebabkan ulat telah disteril, ia selamat diguna. Mekanisme tindak balas ulat terhadap tisu yang dicadang ialah ulat merembes sejenis enzim proteolitik yang mencairkan tisu-tisu nekrotik, faktor ulat menginges (memakan) tisu-tisu reput dan kehadiran ulat pada luka mempengaruhi pembasmian bakteria daripada luka-luka.

Selain itu, rembesan cecair daripada ulat menukar pH luka, bakteria yang dimakan oleh ulat biasanya dimusnahkan dalam saluran perut, rembesan cecair daripada ulat mempengaruhi penyembuhan luka sembuh dengan pantas dan tindak balas pergerakan ulat di atas luka menyebabkan stimulasi pembentukan tisu baru.

Ulat lalat biasanya dengan pantas dapat membersihkan kuping dan membolehkan terbentuknya tisu baru yang sihat. Malahan faktor yang paling utama ialah ulat dapat digunakan dengan mudah ke atas tisu-tisu yang parah.

Ulat-ulat berkenaan berfungsi dengan memakan tisu yang sudah mati dan apabila menjumpai tisu yang hidup ulat-ulat itu akan berhenti daripada memakan bahagian tersebut.

Proses untuk menyembuhkan luka pesakit bergantung kepada tahap teruk luka yang dialami pesakit. Kalau luka di peringkat awal, ada tisu mati, kita letak ulat (larva) ini selama 48 jam, iaitu hanya sekali penggunaan.

Penggunaan ulat ini dalam penyucian luka memang bagus kerana ulat lalat ini mempunyai enzim yang mampu untuk mempercepatkan penumbuhan tisu. Selain penggunaan ulat lalat ini bukan sahaja tertumpu pada pesakit kencing manis. Ia juga penawar untuk luka-luka lain seperti luka akibat kemalangan, kebakaran dan seumpama.

Kaedah rawatan ulat ini tidak boleh digunakan bagi mereka yang baru mengalami luka dalam kemalangan, cuma bagi pesakit yang mempunyai tisu yang mati sahaja.

Masa diletakkan memang tak rasa apa. Ulat itu sangat halus dan tidak kelihatan. Jadi, tidak timbul perasaan geli atau menjijikan melihat ulat berada di tempat luka.    

Fungsi maggot adalah untuk mengeluarkan air liurnya yang berenziyme dan menyedutnya semula. Semasa menyedut semula itulah maggot akan membersihkan keadaan luka. Sebenarnya maggot tidak makan nanah tetapi kuping.

Untuk pengetahuan maggot tak ada gigi tapi ada cangkuk. Cangkut maggot yang mungkin akan menimbulkan sedikit rasa sakit atau rasa seperti ada bergerak-gerak di bahagian luka itu.

Semoga penggunaan maggot atau ulat ini dapat memberi sinar baru kepada pesakit kencing manis yang mengalami luka yang biasanya sukar sembuh dapat kembali sembuh.

No comments:

Post a Comment