Saturday 4 August 2018

Kadar denyutan jantung lelaki

Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah. 

Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda. 

Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.

Kadar denyutan jantung lelaki berubah-ubah mengikut keadaan (lihat carta di atas). Paling tidak stabil ialah apabila isteri minta pinjam guna telefon pintar. Mengapa terjadi begitu?

Telefon pintar memberi pelbagai kemudahan untuk komunikasi selain keistimewaan lain seperti boleh mengambil gambar, menyimpan data dan sebagainya. Telefon pintar sudah menjadi terlalu peribadi bagi sesetengah orang. Segala urusan kehidupannya tersimpan di dalam telefon pintar. Maklumat dalam telefon pintar tidak boleh 'dicuri' oleh orang lain.

Sebab itu, pengeluar telefon pintar membuat pelbagai kaedah untuk mengelak telefon pintar dapat digunakan, melainkan pemiliknya. Betapa rahsianya maklumat di dalam telefon pintar sehingga ia akan dirahsiakan kepada sesiapa sahaja, termasuk kepada suami atau isteri. 

No comments:

Post a Comment