Saturday 4 August 2018

Kisah pelik pelancong Arab peningkan pemandu teksi

Ada seorang pelancong Arab baru tiba ke Brunei. Dia menaiki teksi untuk bersiar-siar ke Kuala Belait. Tiba-tiba sebuah kereta ekzos bising memecut dari belakang memotong teksi yang dinaiki si Arab itu. Terkejut pak arab dan dia berteriak : "ustahiad...! ustahiad...!"

Tidak lama kemudian ada lagi kereta sport tersangat laju memotong mereka, si Arab berteriak lagi:"ishtibustim....! Isthibustim...!".

Kehairanan pemandu teksi dengan bahasa si Arab itu.Tapi dia tidak mahu bertanya dan meneruskan perjalanan.

Tidak semena-mena, ada pula satu kereta canggih memotong, pak Arab teriak lagi: "..aik..!".

Makin bertambah hairan tu si pemandu teksi itu.

Tidak lama kemudian sebuah lagi kereta yang atapnya bole terbuka (convertible), si Arab teriak lagi.  "adzam.......adzam...".

Menggaru kepala si pemandu teksi.

Kemudian, sebuah kereta sedan kecil pula muncul dari arah kiri, mengucap si Arab: "Ya Allah, Ikuzus..., Ikuzus ....!"

Tiba-tiba sebuah kereta mewah memotong lagi kuat si Arab teriak:  "irraref... , irraref...!!!"

Setelah itu, suasana kembali sepi. Si drebar pula berfikir .... fikir..... fikir lagi............ fikiiiiiir... fikir terusss.. ....

Akhirnya si pemandu teksi tidak puas hati. Lalu bertanya kepada si Arab: "Tuan, ente dari daerah Arab sebelah mana? Tidak pernah ana dengar loghat Arab ente..!??"

Pelancong Arab jawab:  "Ana memang asal kota Arab lah. Tadi tu ana baca tulisan di belakang kereta-kereta yang memotong!!. Di Arab, ana baca dari kanan ke kiri.

Pemandu teksi: "..Haaaaah.....!!?"

Gerenti korang scroll balik nak tengokkan? Apa laa yang dibaca oleh si Arab tadi?

1 comment:

  1. Ya habibi...ini lawak masih adakah di dunia yang fana ini.

    ReplyDelete