Tuesday 15 January 2019

KHASIAT BAWANG HITAM

Bawang hitam (Black garlic) bukanlah jenis varietas bawang yang baru. Bawang hitam adalah bawang putih biasa yang mengalami proses fermentasi dengan memanfaatkan suhu yang tinggi sehingga menghasilkan bawang hitam atau bawang putih hitam (Black garlic).

Bawang hitam ini dibuat melalui proses penyimpanan dari bawang putih utuh (disertai dengan kulitnya) pada suatu tempat atau ruangan yang sudah diatur tingkat kelembapan dan suhunya antara 60-70 derajat celcius.

Cara fermentasi yang dilakukan adalah dengan memasukkan bawang putih pada mangkuk stainless dan menutupnya dengan kertas alumunium foil, kemudian mangkuk ini diletakkan pada oven dan dipanggang menggunakan suhu 60-70 derajat selsius.

Dengan kata lain, produk black garlic yang berada di pasaran bukan ubat atau kimia, tapi adalah makanan semula jadi yang sedap dimakan begitu saja tanpa kesan bau pada mulut atau badan.

Black Garlic amat dikenali dan diamalkan oleh raja-raja terdahulu sejak dari firaun, kaisar atau maharaja Jepun, Korea dan China sekian lama. Ia menjadi imun kepada pelbagai jenis penyakit dan diperakui secara scientifik di negara Barat , Jepun, China, Indonesia dan lain-lain negara, kerana khasiatnya yang tinggi untuk kesihatan dalaman dan masalah kulit.

Black Garlic mempunyai rasa yang unik dan sedap memudahkannya diamalkan pada semua peringkat umur.

Khasiat bawang putih semulajadi baik untuk:
- Mengawal kolestrol berlebihan.
Sakit jantung.
Darah tersumbat.
Darah tinggi.
Ekzima.
Gastrik.
Angin.
Psoriasis.
Diabetes.
Alzheimer.
Ikhtiar hamil.

No comments:

Post a Comment