Tuesday 15 January 2019

LOKASI BAHARU POSLAJU KOTA BHARU

Poslaju Kota Bharu kini beroperasi di Blok E&F, PT4807, Kawasan Perindustrian Dua Pengkalan Chepa. Jika anda dari arah Pengkalan Chepa atau Rambutan Rendang, selepas Rohm Wako ada jalan sebelah kiri (sebelum Balai Bomba). Masuk sehingga kira-kira 1 kilometer. 

Lokasinya berhampiran dengan PUSPAKOM. Kedudukan bangunan Poslaju di sebelah kiri. Perlu belok kiri sebelum masuk pintu utama. 

Kepada yang sudah biasa di kawasan itu, boleh pilih jalan sendiri ikut keselesaan atau arah asal dari mana. Contohnya, jika dari Pengkalan Chepa boleh terus belok kiri sebelum melalui lampu isyarat depan Nasi Ulam Cikgu. Jalan 'belakang' dari dari Kemumin dan Sabak pun ada. Jalan dari Institut Latihan Perindustrian pun boleh juga.  

No comments:

Post a Comment