Sunday 13 January 2019

Parodi tiru aksi manju dengan haiwan menggunakan motosikal

Aksi seorang remaja, Syukor Khamis, 14, dari Terengganu yang gambarnya tular 'bermesra' dengan kerbau, kambing dan lembu terlah dijadikan parodi oleh seorang remaja bermotosikal.

Gambar Syukor tular apabila gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Nazri Sulaiman telah dipilih sebagai penerima ‘Street/People Photographer of The Year 2018’ oleh Asian Geographic -Image of Asia… dan menjadi antara gambar terbaik peringkat dunia.

Gambar yang dirakam di Kampung Bujuk, Kuala Terengganu itu menjadi cerita tentang arkabnya hubungan manusia dengan haiwan. Haiwan juga mempunyai naluri ingin dibelai dan dimanja.

Hubungan manusia dengan binatang adalah dalam bentuk dua hala. Sedangkan hubungan manusia dengan motosikal sekadar manusia yang menyimpan perasaan sayang terhadap motosikalnya, tetapi pasti motosikal yang tidak mempunyai naluri sekadar 'membisu' dan 'buat bodoh' sahaja.  

Definisi parodi: karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg me­lucukan atau menyindir; memparodikan menghasilkan parodi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

No comments:

Post a Comment