Sunday 13 January 2019

PENIAGA MELAYU DI KAWASAN CINA


Jalan Kebun Sultan terutama sekali berhampiran Pintu Gerbang Cheng Ho menjadi lokasi peniaga Cina menjalankan perniagaan terutama makanan. Malah Jalan Kebun Sultan dikenali sebagai 'China Town' di Kelantan.

Namun, di sebalik penguasaan peniaga Cina terdapat juga peniaga Melayu yang menjalan perniagaan makanan di situ. Pelanggannya bukan sahaja di kalangan orang Melayu, tetapi juga orang Cina Kelantan yang memang terkenal mengamalkan cara hidup Melayu termasuk dalam soal makanan.

Indahnya tradisi kaum di Kelantan yang saling menghormati dan penuh dengan toleransi.

No comments:

Post a Comment