Aksi binatang peliharaan memang menghibur
dan mengasyikan. Sebab itu ada orang sanggup menghabiskan masa bersama binatang
peliharaan masing-masing. Binatang peliharaan dianggap sebahagiaan ahli keluarga.
Kucing antara menjadi binatang peliharaan
paling banyak dipelihara. Kucing sejenis haiwan peliharaan yang jinak. Banyak
orang suka pada kucing.
Kucing dijadikan haiwan peliharaan
yang menghiburkan dan dijaga dengan kasih sayang. Keberadaan kucing di rumah
menjadi penyeri dan mewujudkan hubungan mesra ahli keluarga yang mempunyai
minat sama terhadap kucing.
Aksi kucing sentiasa dirakam untuk dilihat berulang kali.
Kucing menjadi terapi untuk pemiliknya mendapat kehidupan lebih baik.
Ada kajian mengenai
tabiat kucing berkaitan hubungan dengan manusia. Didapati ketika pemiliknya
tersenyum, kucing cenderung memperlihatkan sikap ‘positif’ seperti mengeluarkan
suara khas, menggeselkan badan, atau duduk pada riba.
Kucing juga cenderung ingin
menghabiskan waktu dengan tuannya ketika tuannya tersenyum dan ceria.
Sebaliknya, sifat-sifat itu tidak ditunjukkan jika berada bersama dengan orang
tidak dikenali
Sebab itu, kucing
yang dijaga dengan baik akan 'membalas' perbuatan itu dengan ciri-ciri haiwan
peliharaan yang baik. Kucing boleh diasuh dan diarahkan melakukan amalan
tertentu seperti tempat berak, tidak berada di tempat tertentu atau apa-apa
yang kucing dapat mengerti.
Kucing memang
tertarik kepada manusia bukan saja untuk mendapat makanan, bahkan untuk dibelai
dan diberi perhatian. Sebab itu, kucing suka berada dekat dengan manusia dan
mengharapkan untuk dibelai atau dijadikan sebahagian daripada kelompk manusia.
Selain sikap positif
seperti mengeluarkan suara khas dan menggeselkan badannya, dapati bahawa kucing
menunjukkan posisi tubuh tertentu di bahagian telinga dan ekor. Gerakan itu
dikaitkan dengan perasaan puas.
Ekor
pun memainkan peranan penting. Kucing kalau gembira dia akan main-mainkan ekor
dia. Kalau dia perlahan-lahan usap ekor dekat kaki atau tubuh anggota kita yang
lain, itu bermaksud dia selesa dan sayang dengan kita.
No comments:
Post a Comment