Labu sejenis tanaman menjalar daripada
keluarga Cucurbitaceae yang sering ditanam secara selingan dengan jagung atau
tembikai. Ia antara tanaman yang paling mudah ditanam tanpa memerlukan
penjagaan rapi.
Labu mengambil masa 75 hari dengan
tempoh mula berbunga pada hari ke-45 dan ia lebih mudah jika ditanam di kawasan
berhampiran ternakan kelulut dan lebah kerana tidak memerlukan bantuan
pendebungaan.
Proses penjagaan tanaman sangat mudah
dan tidak memerlukan air yang banyak. Semusim hanya tiga atau empat kali
disiram air manakala baja digunakan adalah baja asas najis ayam, baja daun dan baja buah
secara berperingkat.
Penjagaan juga tidak lama apabila
mencapai usia 30 hari dan mula menjalar pokok sudah tidak memerlukan penjagaan
rapi.
Bagi mendapatkan hasil yang baik pokok
ditanam pada jarak dua meter dan sepokok boleh mengeluarkan enam hingga tujuh
biji labu.
Labu mempunyai pelbagai jenis dengan
bentuk panjang atau bulat .
Penanaman labu tidak memerlukan modal
besar seperti sesetengah tanaman lain, malah risiko serta musuh tanaman juga
kurang.
Bagi mereka yang berminat menceburkan
diri dalam bidang ini atau yang bermodal kecil, labu adalah tanaman sesuai.
Namun, apa yang penting adalah semangat, usaha dan minat harus ada untuk
bergelut dalam bidang pertanian.
Antara jenis labu yang banyak ditanam petani
di Malaysia ialah labu mas. Ada juga yang memanggilnya labu manis, ibu lemak, labu
madu atau labu taiwan.
Keistimewaan labu mas ialah isinya
lebih manis dan seratnya lebih halus berbanding jenis lain. Buah yang
dihasilkan pula mempunyai berat sekata serta bentuk bulat dan berlekuk yang
cantik. Malah, jenis ini juga mampu mengeluarkan lebih banyak hasil dan
pokoknya tahan lasak.
Labu mas sesuai dijadikan pelbagai
jenis masakan terutamanya kuih lepat labu kerana isinya yang manis selain
mempunyai serat halus. Ia juga sesuai dibuat masak lemak cili padi.
Labu mas juga sesuai dibuat sira, serawa
atau bubur labu. Untuk dimasak, boleh bersama kulit atau dibuang kulitknya.
Untuk mengetahui ketebalan isi labu, ketuk-ketuk belakang/ bawah labu dengan jari ala mengetuk pintu dan dengar bunyi.
Kalau bunyi kuat, isi sedikit nipis. Kalau bunyi macam "tumpul", isi
tebal. Satu lagi petua untuk mendapatkan isi tebal ialah pilih yang pusat tangkalnya
besar.
No comments:
Post a Comment