Masa mula
masuk kerja atau memulakan kerjaya adalah sesuatu yang menjadi kenangan indah,
lebih-lebih lagi jika menyertai pasukan beruniform yang pengambilan atau
kemasukan secara beramai-ramai dan perlu terlebih dahulu menyertai latihan
untuk tempoh tertentu.
Ketika itu,
masing-masing tidak menduga nasib masa depan. Semuanya sama sahaja. Menjalani
latihan seperti yang ditetapkan.
Ada yang sudah
menonjol bakal mencapai kedudukan baik dalam kerjaya nanti. Manakala yang
selebihnya 'keliru' dan seperti tiada harapan.
Namun, itu
hanya satu sejarah. Tiada siapa tahu nasib kita pada masa hadapan. Tuah ayam
nampak di kaki, nasib manusia siapa tahu. Berusaha dan bertawakkal kepada
Allah.
Setengah tu
masa mula-mula begitu nampak yakin ada masa depannya cerah, tetapi rupanya
padam di tengah jalan. Manakala yang nampak tidak yakin pula ada yang menyinar
kemudiannya sehingga mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya.
Jadi, jangan mudah
kita membuat andaian nasib seseorang pada masa hadapan. Semua boleh berubah jika
ada usaha untuk mencapai yang terbaik.
Samalah dengan
anak-anak kita atau generasi muda hari ini. Jangan mudah 'menghukum' membuat ketetapan
apa yang akan berlaku pada masa hadapan hanya berdasarkan kepada apa yang dilihat
pada hari ini.
Setiap orang masih
ada peluang untuk mendapat yang terbaik untuk hidupnya.
Namun, peluang
yang ada terhidang di hadapan mata tidak akan membawa apa-apa erti jika kita tidak
berusaha untuk mendapatkan.
No comments:
Post a Comment