Gambar
mahupun video sering diedit untuk menipu orang lain. Gambar wajah tidak menarik
diedit menjadi seperti model. Kulit hitam menjadi putih gebu menawan. Muka
penuh jerawat nampak seperti kulit bayi.
Gambar
juga diedit untuk memperlihatkan keburukan orang lain. Gambar jadi bahan fitnah
dan menyalakan api kebencian.
Namun,
gambar yang dipaparkan ini membawa erti yang cukup berbeza. Orang yang mengedit
gambar ini bukan bertujuan untuk menipu mahupun menfitnah orang lain.
Gambar
ini diedit untuk tidak menampakkan bahagian rambut wanita berkenaan. Kerana
orang yang memuaturun gambar itu di media sosial tidak mahu gambar dalam
keadaan mendedahkan rambut itu ditonton oleh orang lain.
Menariknya,
orang mengedit dan memuaturun gambar itu bukan beragama Islam. Inilah
menariknya apabila saling memahami mengenai hukum dan kehidupan penganut agama
lain.
Kalau
orang bukan Islam boleh menjaga adab dan 'melindungi' orang Islam berkaitan
perkara dosa, mengapa pula orang Islam sendiri tidak tahu menjaga adab dan menjauhkan
diri daripada perbuatan dosa.
Banyak gambar tidak menutup aurat dan seksi dengan bangganya dipos di media sosial oleh pemiliknya. Mereka ingin mengutip lebih banyak dosa di media sosial.
Banyak gambar tidak menutup aurat dan seksi dengan bangganya dipos di media sosial oleh pemiliknya. Mereka ingin mengutip lebih banyak dosa di media sosial.
Semoga
catatan ringkas ini memberi erti bermakna dalam menjalin hubungan antara kaum atau
agama.
No comments:
Post a Comment