Monday, 29 July 2019

PELUK PINGGANG KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN


Kes kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, kadar bahaya lebih tinggi dialami pembonceng. Ini kerana pembonceng tidak dapat melihat dan menjangkakan apa yang akan berlaku.

Satu langkah keselamatan yang perlu dilakukan oleh pembonceng ialah memeluk atau berpegang kepada bahagian pinggang penunggang.

Sesetengah orang mungkin bermasalah ketika memboncengkan penumpang lelaki. Rasa kekok, janggal dan segan apabila dipeluk di pinggang. Faktanya, cara itu lebih selamat berbanding meletakkan tangan atas bahu. Sekali lagi diingatkan, anda sekarang sedang duduk atas jentera berenjin yang sedang bergerak.

Jadi, tidak perlu bimbang dikecam bukan-bukan kerana keselamatan lebih penting! Ingat peluk pinggang, bukan berpelukan sambil bercumbuan!

No comments:

Post a Comment