Monday, 29 July 2019

LABEL MUDAHKAN PELANGGAN DAPAT MAKLUMAT

Pelabelan atau meletakkan label kepada sesuatu produk amat penting. Orang dapat mengenali produk melalui label yang diletakkan di bekas, bungkusan, botol atau kotak produk berkenaan. Atau, nama itu diletakkan berhampiran dengan produk berkenaan.

Pelabelan bukan hanya berkaitan nama produk, tetapi juga mengenai produk berkenaan seperti harga, berat, pengilang, pengedar dan sebagainya.

Amat penting pelabelan dibuat secara tepat. Kesilapan maklumat di label boleh menjejaskan atau mendatangkan masalah kepada pembeli, terutama pembeli yang kali pertama membeli produk berkenaan atau tidak pernah mengetahui mengenainya.

Ambil sahaja contoh label 'kunyit' ini. Bagi orang yang telah tahu mengenai nama durian kunyit, sudah pasti tidak mendatangkan apa-apa kekeliruan.

Bayangkan pelanggan itu tidak kenal durian dan tidak kenal kunyit. Bayangkan jika dibaca perkataan 'kunyit' tanpa mengetahui bahawa ia nama bagi durian itu, sudah pasti perkataan itu dirujuk sebagai kunyit yang sebenar.

Elok jika ditulis penuh iaitu 'durian kunyit'.

Contoh yang diberikan ini nampak remah atau tidak bijak untuk dibincangkan, tetapi itulah kenyataan yang perlu diterima. Kita tidak boleh mengagak kemampuan atau pengetahuan orang lain.

Jangan gelak jika ada orang tidak kenal pokok padi yang dikatakan lalang, pokok tembakau disangkakan sawi, pokok kelapa sawit diingatkan pokok salak, belut mati-mati dikatakan ular, susu getah disangkakan santan kelapa dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment