Tuesday, 6 August 2019

ELAK JADIKAN LEMBU BINATANG KORBAN

Cadangan agar umat Islam di Malaysia tidak mengadakan korban menyembelih lembu atas alasan menghormati kaum India yang menganggap lembu sebagai binatang suci adalah tidak wajar.

Cadangan itu dikatakan bertujuan menjaga sensitiviti agama dan kaum. Umat Islam perlu memilih haiwan lain untuk tujuan korban.

Inilah dikatakan fahaman liberal. Cadangan itu dibuat oleh orang Islam sendiri. Apakah cadangan itu untuk mengambil hati dan menyantuni orang penganut Hindu?

Sebenarnya cadangan itu tidak sepatutnya timbul. Di kalangan orang Hindu sendiri tidak membangkitkan soal ini. Masing-masing penganut agama di Malaysia sejak dahulu lagi boleh menerima dan menghormati amalan serta kepercaya penganut agama lain.

Sikap saling menghormati dan kebebasan mengamalkan agama anutan masing-masing termaktub dalam Perlembagaan negara.

Perkara 11 Perlembagaan menyatakan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya.

Ibadat korban termasuk dalam ibadat utama dalam Islam biarpun ia dianggap sunat. Manakala jenis binatang yang ditetapkan menjadi korban ialah lembu, unta, kibas, kambing dan biri-biri.

Jadi, mengapa pula ada pihak mencadangkan perlu mengecualikan lembu sebagai binatang korban. Itu boleh dianggap mencabuli Perlembagaan.

Orang Islam tidak mempertikaikan amalan penganut agama lain biarpun berasa amalan ia tidak sepatutnya diamalkan.

No comments:

Post a Comment