Kita selalu dengar orang jatuh di bilik mandi
dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh di tempat
tempat lain?
Satu kaedah untuk mengelak kejadian tersebut ialah
dengan mengamalkan mandi songsang. Mandi songsang bermaksud satu kaedah mandi dengan
membasahkan bahagian bawah terlebih dahulu. Ia satu kaedah songsang berbanding amalan
biasa membasahkan bahagian kepala dahulu.
Mulakan mandi dengan cara membersihkan tapak kaki,
bahagian kaki, betis, paha, perut, dada dan bahu.
Selepas itu, berhenti seketika selama 5-10 saat.
Ketika itu kira akan berasa seperti wap atau angin keluar dari ubun-ubun.
Selepas itu baru mula membasuh kepala dan teruskan
mandi seperti biasa.
Kaedah mandi songsang itu bagi memberi ruang wap
panas dari dalam badan dapat keluar tanpa terperangkap di dalam badan. Semasa membasuh
bahagian bawah badan, wap panas akan bergerak ke atas dan keluar melalui pernafasan
dan mulut serta bahagian ubun-ubun kepada.
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu
sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau
kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut
kerana pecahnya pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang
jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk
angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana
cara mandi yang salah.
Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur
terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan
migrain/sakit kepala sebelah.
No comments:
Post a Comment