Friday, 2 August 2019

BEZA AYAM DENGAN MANUSIA


Anak ayam bertanya kepada ibunya: Mak, kita semua kenapa nama sama iaitu 'ayam'. Tidak seperti manusia, masih kecil sudah ada nama masing-masing.

Ibu ayam menjawab: Nak! Manusia yang masih hidup namanya memang banyak. Tetapi nanti kalau sudah mati, namanya satu saja iaitu 'mayat'.

Beza dengan kita (ayam), kalau kita sudah mati baru nama kita jadi banyak. Ada yang namanya ayam goreng, ayam bakar, ayam panggang, ayam penyet, sate ayam, gulai ayam, soto ayam, sendang ayam dan banyak lagi.

Anak  ayam:  Oh camtu ka mak!  Jadi kita tidak boleh irihati dengan manusia, mereka itu tidak berguna kalau sudah mati, tapi kita ini berguna kalau sudah mati.

No comments:

Post a Comment