Saturday, 3 August 2019

BOLEHKAH LELAKI JADI WAKIL JUALAN AVON?


Eh! Lelaki pun jadi wakil Avon? Avon kan untuk wanita? Moto dagang pun 'the company for women'. Sah-sah Avon untuk wanita. Apa pula lelaki jadi wakil Avon?

Ya. Avon menjual banyak keperluan wanita seperti kosmetik penjagaan kulit, set wangian, pakain dalam dan banyak lagi berkaitan dengan wanita.

Namun, rasanya tidak salah lelaki jadi wakil jualan produk Avon. Sekarang ini kebanyakan yang menjual keperluan lelaki adalah wanita. Pergi sahaja ke bahagian lelaki di pasaraya. Siapa jurujual di bahagian itu? Wanitakan?

Jadi, mengapa pula lelaki tidak boleh menjadi wakil jualan untuk Avon? Sebenarnya Avon bukan sahaja memasarkan barang wanita. Barang keperluan lelaki pun ada.

Syarat hendak jadi wakil jualan Avon tidak menetapkan syarat jantina. Maka, bagi lelaki yang ingin menjadi wakil jualan Avon, tidak perlu ragu-ragu. Ada tidak akan bertukar jantina disebabkan jadi wakil jualan Avon.

Avon jenama antarabangsa yang berasal dari Amerika Syarikat ditubuhkan sejak tahun 1886 lagi. Kini beroperasi di lebih 150 buah negara di seluruh dunia yang meletakkan Avon sebagai syarikat jualan langsung barang kosmetik terbesar di dunia.

Avon melebarkan sayapnya di Malaysia sejak 1977. Sejak itu, Avon menjadi jenama terkenal di Malaysia.

Sebagai wakil atau penjual produk  Avon anda mampu menentukan kehidupan anda. Anda bukan sahaja menguasai satu perniagaan yang baru malah gaya hidup yang lebih hebat.

Apabila anda menjadi Wakil Avon, anda adalah bos anda sendiri. Anda menetapkan segala matlamat anda. Menerusi usaha dan semangat membara anda, anda mampu menetapkan segala matlamat anda. 

Avon menawarkan anda kebebasan tanpa had. Tiada had atas kejayaan anda dari segi kewangan atau peribadi.

No comments:

Post a Comment