Friday 8 July 2022

PCAK agih susu jenama Nilofa kepada asnaf

  
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) mengalu-alukan sumbangan berupa wang, barangan keperluan dan sebagainya asalkan ia mampu memberi manfaat kepada asnaf. 
 
Terima kasih kepada pemilik Farra Beauty yang telah menyumbangkan susu jenama Nilofa untuk diagihkan kepada asnaf. 
 
Susu berkenaan diserahkan kepada asnaf bersama-sama barang keperluan lain. Ia menjadi sebagai satu tambahan kepada senarai tetap seperti minyak masak, susu, gula, gandum, biskut dan lain-lain yang diserahkan kepada asnaf. 
 
Semoga lebih banyak penyumbang seperti Farra Beauty yang bermurah hati memberi sumbangan melalui PCAK untuk diserahkan kepada asnaf. 
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639. 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 
 

 

No comments:

Post a Comment