Menggunakan telefon pintar dianggap lebih murah dan mudah. Banyak aplikasi boleh dimanfaatkan untuk kemudahan. Namun, kemudahan tersebut menjadi sebaliknya jika tidak dilakukan dengan bijak.
Apabila disebut penggunaan telefon pintar, ia dikaitkan juga dengan internet. Kemudahan internet kini paling berpengaruh dalam kehidupan kita. Kedudukannya sebagai media hiburan dan komunikasi kini mengatasi peranan televisyen pada satu ketika dulu.
Capaian internet ketika ini amat mudah diperoleh di mana-mana saja. Kadar penembusan capaian internet boleh dikatakan hampir 100 peratus bagi penduduk bandar-bandar besar.
Sesiapa
yang tidak menggunakan kemudahan internet dianggap sengaja melepaskan peluang
untuk mendapat manfaatnya. Bagi sesetengah orang, hidup tanpa capaian internet
dikatakan terputus dengan dunia luar dan hidup seperti buntu dan tidak tentu
arah.
Kemudahan
internet dulu dikaitkan dengan penggunaan komputer. Namun sekarang ini paling
ketara ialah dengan penggunaan telefon pintar. Rata-rata pengguna telefon kini
memilih penggunaan telefon pintar yang menggabungkan pelbagai kemudahan selain
untuk membuat panggilan dan penghantaran sisterm pesanan ringkas.
Dengan
memiliki telefon pintar, pengguna boleh menjadikan ia sebagai menggantikan
komputer untuk melayari internet, mengambil gambar, menerima siaran televisyen,
siaran radio dan pelbagai kemudahan lain yang dulunya diambil oleh peralatan
lain secara peranan tunggal.
Paling
ketara penggunaan telefon pintar kini adalah untuk internet yang digabungkan
dengan pelbagai aplikasi lain. Ini memudahkan untuk pengguna berkomunikasi di
seluruh dunia atau hubungan tanpa sempadan.
Internet
menghidangkan pelbagai pilihan kegunaan untuk penggunanya. Ini meluaskan lagi
fungsi telefon pintar itu sendiri. Ia amat berbeza ketika mula-mula telefon
bimbit itu diperkenalkan.
Ketika
itu telefon bimbit adalah satu-satunya media elektronik yang paling canggih dan
paling dihargai dalam menyampaikan dan maklumat ketika berada di luar kediaman.
Ketika itu, sesiapa memiliki telefon bimbit sudah dianggap terlalu hebat.
Bagaimanpun masa telah berubah.
Telefon pintar kini tidak lagi dianggap bahan atau peralatan mewah. Pelbagai
jenama telefon pintar dipasarkan di seluruh negara dengan kadar harga mampu
dimiliki oleh kebanyakan orang. Penggunaan kini tidak terhad kepada
orang dewasa, bahkan di kalangan pelajar dan kanak-kanak.
Dalam
menghargai kebaikan internet, tentu sekali seperti juga alat ciptaan manusia
yang lain pasti muncul jua keburukannya. Antara perkara paling diperkatakan
ialah mengenai keburukan berkaitan mencetus masalah sosial melibatkan pelbagai
peringkat umur.
Pengguna
internet kini sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melayari
internet. Ini tentu merugikan masa dan mengurangkan produktiviti.
Pekerja menjadi malas bekerja dan sering ponteng. Begitu juga pelajar kurang
memberi perhatian kepada pelajaran disebabkan lebih berminat dengan hiburan di
internet.
Disebabkan
internet satu hubungan tanpa sempadan, banyak nilai negatif dibawa masuk ke
dalam kehidupan seharian yang diterima dari luar negara.
Akibatnya,
keruntuhan moral di kalangan masyarakat Melayu kini semakin dahsyat dan cukup
kronik hari demi hari. Tidak syak lagi internet adalah salah satu punca
penyumbang kepada gejala itu.
Bangsa Melayu yang terkenal dengan adab sopan, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada agama sudah berubah akibat pengaruh yang diceduk secara tanpa batasan melalui internet. Ia mencorak kehidupan dan pemikiran mereka.
Bangsa Melayu yang terkenal dengan adab sopan, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada agama sudah berubah akibat pengaruh yang diceduk secara tanpa batasan melalui internet. Ia mencorak kehidupan dan pemikiran mereka.
Berhati-hatilah
agar kita menggunakan kemudahan internet hanya untuk kebaikan dan membuang
segala yang mendatangkan keburukan.
No comments:
Post a Comment