Tidak dinafikan jenayah di negara
kita tidak dapat dibendung sepenuhnya. Kes jenayah masih
berlaku. Antara punca berlaku adalah hukum dikenakan agak terhad dan
sangat rendah.
Beberapa kaedah hukuman wajar
dipertimbangkan untuk menepati matlamat hukuman dalam Islam.
Tambah kadar hukuman. Antara bentuk
hukuman dilaksanakan di Malaysia ialah bayaran denda. Hukuman
melakukan khalwat yang ditetapkan di negeri-negeri hanya di antara RM2000
hingga RM5000. Jumlah itu amat sedikit bagi mereka yang
berpendapatan tinggi. Bayangkan jika mereka berpendapatan RM10,000
sebulan hanya dijatuhi hukuman RM3000.00! Jumlah itu kecil dan tidak
menakutkan mereka untuk mengulangi lagi.
Contohnya, baru-baru seorang ketua
pengarah agensi kerajaan yang pendapatannya dianggarkan RM20,000 sebulan hanya
dikenakan RM3000.00 setelah didapati bersalah atas kesalahan khalwat.
Penambahan kadar hukuman bukan
satu penganiayaan. Tujuan untuk tingkatkan 'ketakutan' melakukan
jenayah. Kes-kes yang kini memberi peluang membayar denda sepatutnya
dijatuhi hukuman mandotori penjara sebagai pengajaran.
Tingkatkan penguatkuasaan. Tidak dinafikan, tahap
penguatkuasaan masih di tahap rendah. Perkara ini berpunca kurang
kakitangan untuk melakuknya. Ini memberi peluang orang melakukan
jenayah dan merasa akan terlepas daripada tindakan.
Sekarang ini bahagian penguatkuasaan
agama, hanya terdapat 1,114 orang saja di seluruh negara Ini
bermakna purata penguatkuasa agama di sesebuah daerah tidak sampai 10 orang,
sedangkan mereka terpaksa melakukan pelbagai tugas. Ini menyebabkan
mereka tidak dapat memberi tumpuan untuk membenteras perbuatan tidak baik,
contohnya dalam kes perlakuan tidak sopan muda mudi di khalayak ramai. Muda
mudi tidak takut melakukannya kerana yakin tidak ada penguatkuasa untuk
melaksanakan perkara itu.
Kempen kesedaran. Masyarakat
perlu disedarkan tentang bahaya jenayah dan kemungkinan mereka turut menjadi
mangsa. Langkah pengcegahan dan berhati-hati mesti diambil bagi mengelak
menjadi mangsa jenayah. Kes jenayah biasanya berlaku disebabkan
kelalaian diri sendiri yang memberi peluang kita menjadi mangsa
jenayah. Sebab itu, kita perlu peka untuk bertindak mempertahankan
diri.
Kita perlu lebih berhati-hati atau
mengambil sikap curiga terhadap punca jenayah. Contohnya, untuk
mengelak menjadi mangsa ragut, pastikan barang berharga dibawa dengan
berhati-hati atau dalam keadaan tertentu elok tidak membawa atau memakai barang
berharga.
Kesedaran juga perlu ditanam kepada
mereka yang melakukan jenayah. Fikirkan kesan penderitaan ditanggung
oleh mangsa. Kadang kala perbuatan mereka itu menyebabkan kematian,
contohnya jenayah ragut.
Penglibatan semua pihak. Kes jenayah meningkat
antara lain berpunca sikap masyarakat tidak peduli apa yang berlaku
disekeliling. Mererka hanya bertindak jika jenayah itu terkena pada diri mereka
atau keluarga. Pepatah mengatakan jangan jaga tepi kain orang
menyebabkan jenayah berlaku depan mata tanpa dilakukan sesuatu untuk menghalangnya.
Jika sesuatu kesalahan kecil tidak
dihentikan segera, ia akan merebak dan mempengaruhi orang lain turut
melakukannya. Contohnya, perbuatan menghisab dadah bukan menjadi kesalahan
peribadi, tetapi ia melibatkan semua orang apabila banyak yang akan turut
terpengaruh. Penagih kemudian terdorong melakukan kesalahan lain
seperti ragut dan mencuri, bahkan boleh melakukan pembunuhan jika dalam keadaan
gian tidak mendapat bekalan dadah. Kebanyakan kes ragut dan samun dilakukan
oleh penagih dadah.
Kesan perbuatan ragut bukan sekadar
kerugian harta benda, bahkan kini menjadi kes bunuh apabila mangsa ragut cuba
mempertahankan diri atau menyebabkan kemalangan.
No comments:
Post a Comment