Satu cabang berfikir berasaskan logik dikenali
istilah mantiq. Pada dasarnya pengertian ilmu mantik telah banyak didefinisikan
oleh para ulama dan pakar ilmu mantik dengan pengertian yang pelbagai, miskipun
pada hakikat dan tujuannya adalah sama iaitu mengungkapkan makna mantik sebagai
suatu kata yang difahami secara jelas untuk sebuah disiplin ilmu.
Ilmu mantik merupakan bahasa Arab dan
merupakan terjemahan dari kata logika. Oleh sebab itu ilmu mantik
juga biasa disebut sebagai ilmu logika.
Terdapat beberapa perselisihan pendapat
tentang hukum mempelajari ilmu ini.
- Haram - Pendapat Imam Ibnu Solah dan Imam An-Nawawi, tetapi dijelaskan bahawasanya kedua-dua Imam ini mengharamkan untuk dipelajari ilmu ini sekiranya dicampur dengan masalah-masalah falsafah yang membawa kepada kekufuran dan keraguan dari sudut aqidah.

Kedua-duanya juga berpendapat dengan
mempelajari ilmu ini boleh diambil faedah daripadanya untuk menguatkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah dan menolak segala syubhat yang
dilontarkan oleh musuh-musuh Islam.
- Fardu Kifayah - Umat Islam seluruhnya dan harus ada sekumpulan manusia yang mempelajarinya sehingga mampu untuk mempertahankan agama Islam menangkis segala bentuk syubhat dan tohmahan yang dilontarkan terhadap agama Islam. Dan atas dasar ini diletakkan hukum fardu kifayah kerana mengikut kaedah (ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب ).
Ulama yang menerima ilmu mantik ialah:
- Ibn. Rusyd - wajib hukumnya selagi tidak bercanggah dengan landasan Islam.
- Imam al-Ghazali - hukumnya adalah harus.
- Al-Farabi - tidak menjadi kesalahan mempelajarinya.
- Ibn Sina - sama dengan pendapat al-Farabi.
- Ibn. Hazm - menerima dengan positif dan beliau sendiri mempelajarinya.
- Jumhur ulamak - hukum mempelajarinya adalah fardu kifayah.
Antara sebab berlaku perbezaan pendapat ialah kerana ia mengambil kira keadaan masa, zaman dan suasana semasa. Tetapi di sini, jelas menunjukkan ulama-ulama besar kita dahulu menganggap mempelajari ilmu mantik adalah haram dan jatuh kafir.
Manakala ulama-ulama yang menerimanya, hanya Ibn Rusyd yang menganggap wajib sementara yang lain hanya sekadar harus atau dibolehkan.
Ini boleh menjelaskan mengapa kebanyakan daripada ajaran, tafsiran dan hukum-hakam mereka tiada penekanan ke arah kepentingan ilmu pengetahuan berunsur sains walaupun tuntutan untuk mencari ilmu ini jelas terdapat di dalam al-Quran.

Kita harus bersyukur, walaupun terdapat imam
dan ulama-ulama besar Islam yang mengharamkan ilmu mantik, masih ada ahli-ahli
sains dan cendekiawan Islam, yang sebahagian daripada mereka adalah ulama yang
mementingkan ilmu pengetahuan duniawi.
Pengetahuan duniawi telah membawa kemakmuran kepada umat Islam dan melalui satu puncak tamadun di mana umat Islam menguasai segala bidang, dari semua segi, seperti ekonomi, ilmu pengetahuan dan ketenteraan sehinggalah tamadun Islam sebelah Timur runtuh pada kurun ke-13 Masihi dan sebelah Barat kurun ke-15 Masihi.
Inilah juga di antara sebab mengapa menjadi tanggungjawab umat Islam terutamanya mereka yang bergelar ulama dan cendekiawan untuk sentiasa mengkaji al-Quran dan sunah mengikut suasana semasa dan bukannya terikat dengan pendapat dan tafsiran ulama terdahulu.
Ini telah dilakukan oleh jumhur ulama apabila menghukum mempelajari ilmu ini sebagai fardu kifayah demi kepentingan umat Islam, terutamanya mantik moden yang boleh membentuk kemajuan dan tamadun sesebuah negara.

Oleh itu mantik moden merupakan ilmu sains
yang perlu bagi orang Islam serta mempelajarinya dengan mendalam, supaya orang
Islam akan maju dan setanding dengan orang kafir.
Tetapi ini berlaku setelah orang bukan Islam, terutamanya Barat, dengan sekularisme mereka, telah menguasai ilmu ini dan menjadi maju, seterusnya menjajah hampir keseluruhan umat Islam di dunia ini. Selepas itu barulah muncul ulama-ulama yang menganggap ilmu sains ini penting. Di sini berlaku pertembungan dengan ulama yang masih mempertahankan pendapat lama. Maka wujudlah golongan yang dianggap sekular dan golongan jumud.

Persoalan yang cukup penting dan besar ialah
mengapa ulama-ulama besar yang ilmu agama mereka dianggap cukup tinggi dan
kefahaman yang mendalam dalam al-Quran dan hadis, boleh mengharamkan
mempelajari suatu ilmu yang cukup penting, yang jelas dituntut seperti yang
terkandung di dalam al-Quran? Pada waktu itu sudah pasti berlaku pertembungan
antara ulama-ulama yang berpendapat mempelajari ilmu mantik adalah haram dengan
cendekiawan-cendekiawan yang mempelajari ilmu mantik.
Tamadun Islam yang sampai kepada kemuncaknya dan memberikan sinar kepada seluruh umat manusia dan pada waktu di mana umat Islam menjadi khalifah di bumi Allah ini, suatu masa dahulu, mungkin tidak dicapai jika sebahagian cendekiawan Islam waktu itu berpegang kepada hukum yang dikeluarkan oleh ulama-ulama besar yang mengharamkan mempelajari ilmu mantik ini.

Mungkinkah ini adalah antara sebab utama
mengapa kita dapat melihat secara umumnya di dalam pegangan kita, Ahli Sunnah
Waljamaah yang diterajui oleh empat imam besar. Penekanan hanya diberikan
kepada bab-bab tertentu seperti akidah dan tauhid, ibadah dan solat, akhlak dan
adab, muamalah dan hukum serta aturan kehidupan.
Tetapi hukum-hukum di dalam mencari dan menguasai ilmu pengetahuan dan membina kekuatan untuk menggerunkan musuh, seperti yang dituntut di dalam al-Quran, tidak diberikan penekanan.
Untuk menguasai ilmu mantik ini memerlukan akal berfikir secara logik yang mana hukumnya dianggap haram dan jatuh kafir. Imam Shafie sendiri hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis sebagai sumber hukum dengan menolak al-Qias. Ini kerana al-Qias merupakan salah satu cabang ilmu mantik yang memerlukan akal berfikir secara logik.
Imam Shafie juga termasuk dalam ulama salaf dan hadis, mencela golongan yang mencari dalil dan berdebat menggunakan ilmu kalam. Ini telah membawa kepada kerosakan yang besar terhadap umat Islam seperti yang akan diterangkan selepas ini.

Bukan sahaja mazhab kita tidak memberi penekanan kepada ilmu pengetahuan, kerana mengikut Imam Ghazali, "ulama-ulama fiqih itu tiada mengurus mengenai batin dan tiada membuka persoalan hati dan jalan akhirat. Tetapi mereka membangun yang zahir daripada hukum-hukum agama daripada perbuatan-perbuatan anggota badan. Dan perbuatan-perbuatan zahir itu, adalah mencukupi untuk tidak dihukum bunuh dan diseksa oleh sultan''- `Ihya Ulumiddin' terjemahan oleh Prof.Tk. H. Ismail Yakub Sh; MA, Jilid 1, muka surat 550.)
No comments:
Post a Comment