Ada pihak mendakwa tiada
asas untuk Malasyia dianggap negara Islam. Malah, dikatakan ketika negara dalam proses mencapai kemerdekaan dan merangka draf Perlembagaan, Raja-Raja Melayu tidak menginginkan Islam sebagai agama bagi
Persekutuan seperti yang tertera di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Sebaliknya, Islam sebagai agama bagi Persekutuan telah diletakkan oleh lelaki
Pakistan (Hakim Abdul Malik - salah seorang hali Suruhanjaya Reid). Maka dikatakan, akibat tindakan itu telah menimbulkan masalah buat selama-lamanya.
Pihak yang berfahaman liberal juga mendakwa tidak ada asas untuk mengatakan Malaysia sebagai negara Islam, sebaliknya terdapat asas sekiranya Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara sekular.
Jika
Malaysia dikatakan negara sekular, semua agama adalah sama rata di sisi
undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang.
Mengapa ada orang Islam bertindak 'membenci' Islam sebagai agama bagi Persekutuan?
Kegilaan pemikiran apakah telah melanda bijak pandai Islam sehingga menganggap
apa yang menguntungkan Islam dari segi undang-undang sebagai perkara yang tidak
sepatutnya dibuat.
Apa
yang berlaku sebenarnya fahaman liberal yang ditanam melalui kaedah serangan
pemikiran yang dilakukan oleh orentalis Barat. Meraka berjuang di atas dasar
hak asasi yang didakwa bahawa semua manusia perlu dilayan secara saksama dalam
semua keadaan.
Golongan liberal mengatakan hukum agama hanya
diperakui sebagai hak idividu sama ada ingin dipatuhi atau sebaliknya. Tiada
paksaan terhadap penganut Islam dalam soal agama.
Pemikiran
ini dijadikan senjata ampuh oleh musuh Islam untuk menghancurkan Islam. Pakar
strategik musuh Islam telah menetapkan dasar bahawa untuk menghancurkan Islam
tidak semestinya memaksa orang Islam meninggalkan Islam, tetapi cukup sekadar
jika orang Islam meninggalkan apa yang ditetapkan dalam ajaran Islam.
Juteru,
umat Islam perlu berhati-hati dengan sikap pihak ayam berbulu musang. Mereka
lebih berbahaya dalam perancangan memusnahkan Islam berbanding dilakukan oleh bukan
Islam secara terus.
Lihatlah
bagaimana orang Islam sendiri bersetongkol dalam menghakis kedudukan Islam di
Malaysia. Mereka menjadi jaguh mempertahankan hak bukan Islam.
Mereka berjuang
bersama-sama bukan Islam dalam menuntut hak yang sebenarnya telah dijelaskan
oleh Perlembagaan Persekutuan sama ada boleh atau tidak.
No comments:
Post a Comment