Aspek pemasaran amat penting
bagi memastikan produk atau perkhidmatan menjadi pilihan pengguna. Banyak
jenama gagal dipasarkan kerana bercerita tentang mengapa mereka perlu dipilih
oleh pengguna dan menggunakan produk atau perkhidmatan mereka.
Sedangkan, pengguna sebenarnya
perlukan jawapan kenapa jenama itu perlu dibeli dan bukannya jenama lain.
Pengguna melihat iklan kerana ingin membuat pilihan. Rata-rata pengguna telah
tahu fungsi produk. Jadi, pengguna ingin tahu adalah mengapa produk yang
diiklan itu lebih baik berbanding yang lain.
Pengguna kurang berminat
mengetahui apa dan bagaimana menggunakan produk. Perkara itu boleh diketahui
setelah pengguna membeli atau pengguna memang telah tahu tentang penggunaan
sesuatu produk.
Maklumat perlu dijelaskan adalah mengapa produk itu perlu menjadi pilihan
atau diguna. Ceritakan tentang kehebatan dan manfaat mengguna produk. Mengapa
pengguna 'mesti' beralih kepada produk itu berbanding produk lain.
No comments:
Post a Comment